suria

Bangun pagi ‘workout’ vokal dulu, Ammar Titan cabar diri sertai program nyanyian… Bersedia kecaman netizen

MERUPAKAN salah seorang peserta Mic On Selebriti musim kedua (Awesome TV), pelawak Ammar Titan berkata dia menyertai program itu kerana mahu mencabar dirinya.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar, 36, berkata kesempatan yang diberikan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menaikkan kembali namanya dalam industri hiburan.

“Bila saya nampak peluang yang diberikan oleh stesen Awesome TV untuk mengajak selebriti bukan penyanyi menyertai program Mic On Selebriti musim kedua, nothing to lose untuk saya.

“Waktu hantar lagu nyanyian Spider dan alhamdulilah tak sangka pula dipilih untuk jadi salah seorang peserta, jadi sekarang ini waktu pagi saya memang akan buat latitan vokal.

“Peluang ini juga adalah satu keemasan buat saya untuk kembali aktif di televisyesn, saya tahu ramai yang tanya sebab lama tak nampak di televisyen, jadi harapnya dengan program ini dapat menjadi melonjakkan kembali nama saya, harap semua sokong saya nanti ya,” kata Ammar kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi