suria

Johan As’ari puji ‘Projek High Council’, lebih bagus daripada ‘Juvana’… Terharu peminat cilik mahu bergambar kerana Botak

PELAKON Johan As’ari terharu apabila peminat masih mengingati watak Botak lakonannya dalam drama dan filem Juvana.

Watak dilakonkan Johan itu kembali menjadi sebutan selepas kejayaan drama Projek High Council tahun ini.

Mengulas mengenai perbandingan kedua-dua drama itu, Johan Ariff As’ari, 37, berkata Projek High Council lebih bagus kerana menerima jumlah tontonan tinggi atas bantuan kuasa viral.

“Saya rasa Projek High Council pergi lebih bagus daripada Juvana sebab zaman dulu tiada media sosial.

“Dulu Juvana terima rating dalam enam juta tontonan tapi zaman sekarang zaman viral saya rasa drama Projek High Council sudah melebihi mungkin 20 juta tontonan.

“Saya sendiri tonton klip drama tersebut dan saya puji pelakon-pelakon drama itu sangat bagus,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi