suria

Pernah masuk universiti di Australia, Lando Zawawi mahu sambung pengajian dalam kejuruteraan awam

SIAPA sangka di sebalik wajah 'ganas' Lando Zawawi, pelakon itu sebenarnya pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Australia sekitar 2008 dalam bidang Psikologi dan Sosiologi.

Bagaimanapun kata Lando atau Azlan Sani Zawawi, 48, dia tidak menghabiskan pengajian tersebut kerana terpaksa pulang ke Malaysia atas urusan peribadi ketika tahun terakhir berada di universiti.

"Sebenarnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ada menyertai program Duta Muda di bawah kerajaan negeri Pahang dan berpeluang ke Australia selama setahun sebelum pulang ke Malaysia sambung program Matrikulasi sebelum kembali ke Australia.

"Malangnya saya terpaksa berhenti disaat tahun akhir pengajian sebab kena balik Malaysia bagi menyelesaikan masalah peribadi namun sehingga kini tidak kesampaian untuk sambung semula disebabkan sibuk dengan aktiviti lakonan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Lando memberitahu dia berasa ralat tidak dapat menyelesaikan pengajiannya namun tidak pernah melupakan hasrat menggengam segulung ijazah jika diberikan rezeki nanti.

Malah kata Lando, dia bercadang menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan awam selepas ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi