suria

“Jangan kaitkan saya dengan View Chin” - Boss James kena tempias, buat ‘content’ bersama staf wanita pun jadi salah

GARA-GARA sering menghasilkan content video bersama pembantu peribadi, personaliti media sosial Boss James menjadi mangsa kecaman netizen dan disamakan dengan TikToker View Chin.

Mengenali View Chin secara peribadi, Boss James bagaimanapun meminta dirinya tidak dikaitkan dengan individu berkenaan kerana dikhuatiri menggangu hubungan baik mereka.

”Saya bukan View Chin dan jangan kaitkan saya dengan dia, memang saya kenal View Chin dan keluarganya malah kami berkawan tapi itu perbuatan masing-masing... dia perlu tanggung apa yang dilakukan itu, jangan sebabkan dia saya pula kena tanggungjawab.

“Saya sakit hati sebab empat tahun saya bina nama dalam dunia sosial media ni, risau kerana isu ini mungkin akan mengugat pasukan saya dan risau ada yang berhenti kerja jadi pasti beri kesan pada syarikat nanti.

“Pasukan saya ada Melayu, India dan Cina jadi kami satu Malaysia dan bekerja satu bumbung, orang nak berkata apa itu hak mereka tapi saya pastikan mereka tidak akan terkesan atau tergugat dengan isu ini,” kata Boss James kepada mStar.

Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kontroversi TikToker View Chin yang mempunyai hubungan istimewa bersama pembantu peribadi Mira sehingga mengakibatkan keretakan rumah tangganya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi