suria

Johan As’ari tak mahu meminta-minta bonus filem ‘Mat Kilau’ tapi syukur penerbit ‘Air Force The Movie’ bagi sebelum raya

PELAKON Johan As’ari enggan mengulas lanjut mengenai isu tiada pemberian bonus untuk pelakon dan kru filem Mat Kilau.

Tidak mahu meminta-minta, Johan atau Johan Ariff As’ari, 37, berkata dia bersyukur dengan apa yang diterima sekarang ini dan percaya soal rezeki daripada Allah SWT.

“Bukan hak saya untuk minta apa-apa, saya dah dapat apa yang saya patut dapat.

“Walaupun ada orang kata penerbit pernah keluarkan kenyataan mahu berikan imbuhan tetapi bagi saya kata tidak mengapa kerana rezeki itu daripada Allah SWT.

“Buat apa saya nak meminta yang bukan hak saya, saya dah dapat apa yang ada dalam kontrak,” katanya kepada mStar.

Aktor ini bagaimanapu tetap meluahkan rasa syukur apabila produksi filem Air Force The Movie bermurah hati memberikan bonus sebelum menyambut hari raya Aidilfitri, baru-baru ini.

“Seminggu sebelum raya penerbit Air Force telefon saya tanya duit bonus nak hantar ke akaun saya atau pengurus.

“Saya kata beri pada pengurus dan saya sendiri tidak sangka dapat bonus itu serta berasa sangat gembira dan terharu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi