suria

Bapa nasihat Aiman Tino banyak bersabar dalam rumah tangga, ibu pula gembira terima menantu perempuan pertama

IBU bapa kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Yusri Ishak dan Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa syukur apabila anak keempatnya itu selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati, Che Syarah Haifa pada petang Khamis, 27 April.

Cerita Yusri, sebelum berkahwin dia ada menasihati Aiman untuk banyakkan bersabar sepanjang menempuh alam rumah tangga.

Dalam pada itu, ibunya juga mengakui gembira dan seronok menerima kehadiran menantu perempuan pertama dalam keluarga mereka.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Che Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis kenduri pada 6 Mei ini di Shah Alam, Selangor.

Aiman dan Che Syarah bertemu pada 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat sebelum menjalankan perniagaan bersama-sama.

Pada 21 Januari lalu, pihak keluarga Aiman menghantar rombongan merisik Che Syarah di Cheras, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi