suria

Ramai tahu nyanyian teruk, Iqbal Zulkefli pilih fokus lakonan sahaja… Hairan ada rakan artis takut nak dekat

DITAWARKAN peluang bergelar penerbit filem, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zukefli memberitahu dia belum terfikir untuk mencuba karier baharu itu.

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, berkata dia lebih selesa untuk bergelar sebagai pelakon sahaja kerana memikirkan kos untuk menerbitkan filem agak tinggi.

“Saya rasa untuk sekarang ini tahap yang boleh saya nilai untuk lakonan saya hanya 20 markah sebab banyak lagi kena belajar... sebab itu saya ada ambil kelas lakonan.

“Banyak juga dapat tawaran untuk menerbitkan karya tapi buat masa ini belum terfikir sebab ia memerlukan kos yang besar, mungkin akan mula dengan tajaan telefilem dulu kot.

“Untuk filem mungkin tidak sebab memakan jumlah yang besar tapi berbeza untuk sponsor program realiti macam Gegar Vaganza atau Akademi Fantasia, saya okay untuk (sponsor) RM3 juta macam itu,” kata Iqbal kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi