suria

Lama pasang impian akhirnya Coki berjaya beli motosikal Yamaha 125ZR… Katanya terpengaruh Achey

PERSONALITI media sosial Coki menerima kecaman selepas memuat naik video di aplikasi TikTok menunjukkan dia membeli motosikal pertama jenama Yamaha 125 ZR.

Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 18, dia sudah biasa dengan kecaman dan tidak mengendahkan perkara tersebut kerana dirinya sudah lama memasing impian untuk memiliki motor sendiri.

“Kecaman itu adalah biasa bagi saya.

“Masa saya buat Live dan beritahu saya beli motor ni (Yamaha 125 ZR) ramai kecam dan kata saya rosakkan nama motor tersebut.

“Bagi saya kecaman adalah biasa tambah pula saya pilih motor ni sebab hobi dan minat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi