suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Da’i Syed pandai hiburkan isteri, kongsi video menari sebagai kenangan… Hana Ismail masih tahu batas agama

SERING memuat naik video sweet dan mesra di media sosial, pendakwah selebriti Da’i Syed Iqmal dan isteri, Hana Ismail menerima kecaman serta kritikan netizen.

Ramai kurang senang melihat aksi pasangan ini kerana dikatakan kurang sesuai untuk dipamerkan di media sosial.

Menerima teguran dengan hati terbuka, Syed, 28, memohon maaf sekiranya tindakan mereka itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Apa yang kami kongsikan di media sosial sebenarnya adalah untuk kenangan bersama... segala komen yang diberikan saya terima dengan hati terbuka.

“Kita tak boleh nak paksa semua orang untuk suka, kalau yang tak suka tu kami suami isteri minta maaf jika content tersebut menggores hati anda semua,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syed sempat meluahkan rasa syukur dan lega apabila dibebaskan daripada pertuduhan kes dakwaan jenayah seksual tiga tahun lalu.

“Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana telah berikan keajaiban kerana selama tiga tahun saya naik turun mahkamah dan berhadapan 18 saksi akhirnya saya dibebaskan oleh hakim... rasa lega sangat,” ujarnya.

Pada April lalu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor membebaskan Syed atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, empat tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi