suria

“Posting IG punca selisih faham” - Cheta Potpet tiada masalah dengan Aepul Roza, tampil bersihkan nama

NAFI wujud pergaduhan dengan penyanyi Aepul Roza, usahawan selebriti Cheta Pot Pet menjelaskan isu itu berpunca perselisihan faham berhubung hal kerja.

Meskipun hubungan mereka dingin, Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 36, berkata pihaknya tidak terfikir untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Aepul.

“Kami tidak bergaduh cuma wujud sedikit perselisihan faham sahaja.

“Ada yang bertanya pada saya perkara sama tetapi saya tak berani nak jawab apa-apa sebab banyak tindakan undang-undang yang pihak saya sedang jalankan tetapi bukan ke atas artis berkenaan.

“Saya tak mahu ambil tindakan sebab itu masalah dalaman dan hanya perselisihan faham kerana satu posting di media sosial,” katanya kepada mStar.

Isu ini menjadi bualan netizen selepas isteri kepada Aepul iaitu Leez Rosli memuat naik satu posting di Instastory April lalu yang dikatakan ditujukan kepada Cheta berhubung hal kerja.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi