suria

“Pakai baju kurung pun orang kata seksi” - Kak KM terima ugutan lucah, amaran keras netizen kutuk keluarga

USAHAWAN kosmetik sensasi Kak KM mengakui sudah lali dengan segala kecaman dan hinaan golongan netizen terhadapnya di media sosial.

Jelas Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, perkara itu tidak menjejaskan kehidupannya malah bersyukur kerana perniagaannya semakin mendapat sambutan dalam kalangan netizen.

“Saya pakai baju kurung pun orang kecam sebab katanya seksi sebab muka saya ni mengundang kecaman rasanya, bukannya saya suka kena kecam tapi apa yang saya lakukan ada mata-mata memandang.

“Kadang-kadang bila buat perkara positif pun kena kecam siap ajak beramai-ramai untuk kecam saya, tak kisah pun sebenarnya.

“Saya jadi diri sendiri dan tak tidak fake, saya tidak akan berhenti untuk buat perkara ini sebabkan mereka, saya bukan jenis macam itu sebab saya tahu diri ini bagaimana serta tahu batas lagipun itu hanyalah marketing,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Kak KM dalam perancangan untuk hasilkan single terbaharu pada penghujung tahun ini yang berkonsepkan dangdut rock.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi