suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setahun hilangkan diri, Ajoi Zainal sudah sedia buat ‘comeback’… Alami tekanan selepas sertai Big Stage

HAMPIR setahun menghilangkan diri daripada industri hiburan, penyanyi Ajoi Zainal berkata dia berdepan masalah kesihatan mental hingga mengambil keputusan berehat seketika dalam bidang nyanyian.

Berkongsi mengenai perkara itu, Ajoi, 25, berkata ia berpunca kerana kecaman hebat yang diterima daripada netizen selepas memasuki program Big Stage sehingga mengakibatkan dia mengalami anxiety serta hilang keyakinan diri.

“Alhamdulilah sekarang ini saya sudah pulih serta comeback, ramai yang tahu saya ada masalah kesihatan mental sebelum ini, apa yang berlaku pada saya selepas Big Stage memang buatkan saya down.

“Saya tak salahkan sesiapa sebab program tu juga saya tahu ada masalah anxiety, tapi lepas dapat tahu masalah ini saya pergi jumpa doktor terapi untuk ubati masalah ini, hampir setahun juga saya menyendiri, hanya duduk dalam bilik dan tak buat apa-apa.

“Saya tak boleh terima orang kecam dan kutuk saya, jadi itu puncanya saya terkena anxiety, nak jumpa orang pun tak boleh, mungkin sebab populariti naik mendadak juga buatkan saya terkejut dan tak boleh terima semua ini,” kata Ajoi kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi