suria

“Dulu De Fam disamakan dengan Feminin, Elite” - Azira Shafinaz puji kemunculan ‘girl group’ baharu ada daya tarikan sendiri

SERING menjadi penanda aras bagi penyanyi berkumpulan wanita baharu, ahli kumpulan DeFam Azira Shafinaz mengakui mereka juga pernah merasai perkara yang sama suatu ketika dahulu.

Bercakap mengenai perkara itu, Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 32, berkata pada awal kemunculan mereka disamakan dengan Feminin dan Elite namun menganggap ia sebagai satu pujian daripada peminat.

“Alhamdulillah, macam saya cakap kami dah berusia tapi macam DeFam masa awal-awal masuk industri semua orang benchmark kami seperti Feminin dan Elite.

“Jadi saya rasa bila ada yang anggap sebegitu saya bersyukur dan berterima kasih malah berbangga.

“Tambah pula ramai sudah tahu kami bermula sebagai penari kemudian kami kerja keras untuk jadi penyanyi,” katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi