suria

“Saya tak takut” - Amsyar Lee teringin dengar Ajai komen nyanyian tapi belum terfikir sertai ‘Big Stage’

MEMANDANGKAN Big Stage musim kelima sedang bersiaran, penyanyi Amsyar Lee menyatakan hasrat ingin menyertai program nyanyian itu dan mendengar komen daripada juri tetap iaitu Ajai.

Tidak takut dengan komen pedas juri, Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amid Syafiq Mohd Sadri, 24, berkata kritikan itu boleh dijadikan sebagai nasihat dan satu pembelajaran baharu buat dirinya.

“Saya bukannya tak mahu sertai program Big Stage tapi saya rasa ingin berehat sekejap sebab nak fokus pelajaran pula, lagipun sebelum ni saya baru saja sertai program The Masked Singer Malaysia.

“Tapi dalam banyak-banyak juri dalam program Big Stage sebenarnya saya teringin sangat nak abang Ajai beri komen cara nyanyian saya, walaupun ramai peserta takut dengannya tapi saya tidak sama sekali.

“Bagi saya segala komen dan kritikan tersebut adalah perkara bagus untuk sesi pembelajaran untuk lebih bagus dalam industri hiburan ini,” kata Amsyar kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi