suria

Aib Namie terbongkar atas pentas, menggigil kerana ‘stage fright’… Rupanya bukan mudah jadi penyanyi

PELAWAK Namie yang dilihat menggigil sewaktu membuat persembahan nyanyian di program Mic On Selebriti minggu pertama menjadi bualan penonton.

Jelas Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 27, berkata ia terjadi kerana ini merupakan kali pertama dia membuat persembahan berseorangan di atas pentas.

“Perkara ini sebenarnya saya sudah lama simpan iaitu masalah gigil ni dan sorok aib sendiri tapi akhirnya terlepas juga sebab tak ada kuasa nak kawal, lagipun saya memang ada masalah Stage Fright.

“Nak kata ada Parkinson bukan sebab saya dah minta nasihat daripada yang pakar jadi dia kata bukan, ini mungkin sebab masalah diri sendiri dan kena terima, saya ada mencari jalan untuk atasi masalah ini malangnya sehingga sekarang belum jumpa.

Tambah Namie lagi, ia bukanlah gimik atau sengaja dibuat-buat untuk meraih publisiti murahan sebaliknya masalah ini sudah lama berlaku sewaktu menyertai program realiti lain.

“Ini bukannya gimik sebab masalah ini berlaku waktu saya menyertai program Muzikal Lawak Superstar lagi dan itu mungkin tak nampak sebab saya bermain dengan komedi berkumpulan tapi ini berseorangan atas pentas dengan skrin paparkan wajah saya mungkin itu faktor juga,” kata Namie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi