suria

‘Masin mulut’ anak selalu canang kerja bapa! Jofliam sebak akhirnya bergelar Chef Pizza, puas hati impian tercapai

PERSONALITI media sosial, Jofliam bangga apabila kumpulannya berjaya menduduki tempat keempat daripada 50 kumpulan yang bertanding dalam pertandingan membuat piza di Napoli, Itali.

Berjaya mendapat pengiktirafan sebagai chef, Jofliam berkata dia berasa sebak apabila impian anak lelakinya iaitu Han mahu melihat dirinya bergelar chef sudah tercapai.

“Kepuasan saya apabila anak saya gembira dengan saya sebab sebelum ini dia bagitahu pada cikgu dia saya ni chef.

“Saya cakap bila pula saya chef? saya cuma jual piza tapi bila saya dapat pengiktirafan tu dia seronoklah!

“Saya pun rasa sedih dan sebak sebab dia gembira, sebelum ni saya tanya dia suka ke saya jadi chef? Kemudian anak saya kata suka... jadi lepas dapat sijil tu saya sebaklah” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi