suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosyam Nor tanam rambut, selalu fikir umur masih 25 tahun

DEMI kelihatan awet muda, pelakon Datuk Rosyam Nor memilih untuk tanam rambut demi memastikan penampilannya kelihatan muda dalam usaha mengekalkan kedudukannya dalam industri serta menarik peminat baharu.

Rosyam, 56, berkata, dia juga menanam dalam fikiran usianya masih 25 tahun sebagai motivasi diri selain menjaga pemakanan agar memiliki tenaga dan penampilan orang muda.

"Sebagai pelakon sya mahu beri kepuasan kepada peminat dan penonton sebab mereka pernah tengok saya muda dan rambut saya semakin berkurangan.

"Alhamdulillah teknologi sekarang dapat membantu memperbaiki penampilan yang sekurang-kurangnya dapat membuatkan saya kelihat tujuh ke lapan tahun lebih muda.

"Dengan penampilan ini saya dapat menarik peminat dan 'pembeli' baru menonton drama dan filem saya," katanya kepada mStar.

Rosyam berkongsi perkara itu pada sidang media drama terbitan Astro Originals berjudul Jack Yusof pada malam Rabu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi