suria

[V] Syamsul, Puteri Sarah cerai talak satu

PELAKON Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya cerai bertalak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Lafaz cerai dilakukan Syamsul di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akmalluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, hadir ke mahkamah pada pukul 9:30 pagi memakai baju kurung bewarna kelabu ditemani adik dan sahabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul beri bayangan kemelut rumah tangga bakal berakhir baik, tiada lagi kejutan

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Syamsul kononnya pernah lafaz cerai terhadap Puteri Sarah, peguam tunggu tindakan lanjut

Manakala Syamsul hadir memakai sut bewarna hitam ditemani rakan.

Pelakon drama Andai Itu Takdirnya ketika ditemui kelihatan tenang dan bersyukur segala urusan kes penceraiannya dipermudahkan.

Sebelum prosiding berlangsung, Syamsul memberi bayangan ingin menamatkan kemelut rumah tangga mereka itu.

sarah1 - 1

Syamsul ceraikan isteri pertama.

Malah, mereka sudah berusaha mencari penyelesaian terbaik demi anak-anak.

Sementara itu, Puteri Sarah hanya memberi komen ringkas mengharapkan agar kemelut bersama suami dapat diselesaikan dengan baik dan memohon doa agar proses perpisahan mereka berjalan lancar.

Dalam prosiding itu, Puteri Sarah diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais.

sarah2 - 1

Puteri Sarah tenang ketika diceraikan Syamsul.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO SYAMSUL INI!

Artikel Lain