suria

[V] Dakwaan Syamsul kononnya pernah lafaz cerai terhadap Puteri Sarah, peguam tunggu tindakan lanjut

PEGUAM syarie mewakili Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader masih belum menerima sebarang arahan daripada anak guamnya susulan dakwaan Syamsul Yusof sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya itu sebelum ini.

Menurut Akberdin, pihaknya hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi media sosial.

"Setakat ini tiada sebarang arahan dari anak guam kami. Kami tak pasti kesahihannya. Kami akan ambil tindakan ikut arahan anak guam.

"Kalau betul wujud perkara berkenaan, sepatutnya ia sudah di bawa ke mahkamah dengan kes cerai mereka," katanya kepada pemberita.

peguam puteri sarah

Datuk Akberdin (dua dari kanan) ketika hadir mewakili Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin.

Akberdin ditemui ketika hadir memfailkan tuntutan nusyuz mewakili Puteri Sarah terhadap Syamsul di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Pihak mereka tutut memasukkan jawapan nusyuz yang telah difailkan Syamsul terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu.

Ini bermakna kedua-dua pihak telah memfailkan nusyuz antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah minta bukti curang dengan suami orang, dedah perbualan ajak jumpa sebelum Syamsul fail nusyuz

ARTIKEL BERKAITAN: "Macam baca novel komedi" - Puteri Sarah ketawa baca 44 tuduhan nusyuz Syamsul, syukur simpan semua bukti

Sementara itu Akberdin juga tidak mengetahui tentang dakwaan kononnya Syamsul telah memfailkan injuksi terhadap Puteri Sarah agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah.

"Kami ada dengar hal tersebut. Kami kena tunggu dulu dan tidak boleh beri kenyataan kerana tidak menerima sebarang dokumen," jelasnya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain