suria

Bapa berubah sikap selepas kahwin Miera Liyana, jumpa di mahkamah pun tidak tegur... Anak tak sanggup tengok ibu derita

Izzah (kanan sekali) hadir beri sokongan kepada ibunya, Adibah (dua dari kanan) semasa lantikan JKP pada pagi Rabu.

ANAK tiri kepada pelakon Miera Liyana iaitu Nur Izzah Rosland meluahkan rasa kesal atas segala permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga ibu bapanya.

Kata Izzah, 26, bapanya iaitu Rosland Othman mula menunjukkan perubahan sikap selepas berkahwin dengan aktres berkenaan pada Julai 2020.

"Sebagai anak memanglah sedih dan kecewa. Kalau ada jalan penyelesaian itu bagus untuk mereka (ibu dan bapanya).

miera 2

Adibah mahu pertahankan rumah tangga.

"Kalau berpisah pun mungkin bagus untuk ibu saya kerana selama ini dia telah banyak menderita sedangkan ibu tidak bersalah," katanya kepada mStar.

Izzah ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana menemani ibunya Adibah Abdul Mutalib, 50, bagi proses lantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada Rabu.

Semasa sesi JKP itu, Rosland, 50, juga dilihat tidak bertegur dengan anaknya meskipun mempunyai peluang berbuat demikian.

Rosland hanya berlalu pergi meninggalkan mahkamah tanpa memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 28 tahun kahwin suami fail cerai... madu dakwa dah lama tak pulang rumah selepas nikahi Miera Liyana

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk urus anak, Miera Liyana tiada masa untuk diri sendiri

"Saya tidak rasa apa-apa pun (tidak ditegur bapa). Mungkin dah biasa. Saya pun lebih tenang tidak bercakap dengannya. Dia sudah banyak berubah. Ayah saya yang dulu bukan lagi seperti sekarang ini," ujarnya.

Tambah Izzah lagi, sudah lama mereka tidak berhubung dan bapanya telah menyekat nombor telefon sejak Februari lalu.

Izzah selaku anak sulung bagaimanapun tetap akan memberikan sokongan kepada ibunya sepanjang berdepan kemelut rumah tangga ini.

Dia sudah banyak berubah. Ayah saya yang dulu bukan lagi seperti sekarang ini

NUR IZZAH ROSLAND

ANAK TIRI MIERA LIYANA

"Saya tak berhubung dengan ayah. Dia dah 'block' saya sejak Februari lalu.

"Kami anak-anak sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Saya juga sentiasa ingatkan dia supaya menjaga kesihatan mental," jelasnya.

Dalam persidangan tersebut, Adibah melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP, manakala Rosland pula diwakili oleh adiknya Kamarul Othman.

miera 3

Rosland enggan ditemu bual dan hanya berlalu pergi sejurus selesai lantikan JKP.

Rosland turut ditemai abang dan ibu Miera ketika hadir ke mahkamah.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain