suria

Peguam siasat dakwaan Syamsul pernah cerai Puteri Sarah

Peguam Syamsul akan jalankan siasatan berhubung dakwaan lafaz cerai sebelum ini.

PEGUAM syarie kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan kononnya anak guamnya itu pernah melafazkan talak terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Kata Azmi, dia baru dimaklumkan mengenai hal tersebut dan enggan mengulas lanjut sehinggalah semakan lengkap diperolehi pihaknya.

"Kami akan jalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

syamsul 1

Syamsul dikatakan pernah melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah.

"Saya pun tidak boleh komen lanjut dan akan buat semakan terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Menurut Azmi, dia juga belum berbincang lanjut dengan pengarah filem Mat Kilau itu berhubung dakwaan berkenaan.

Malah, mereka kini dalam proses persiapan perbicaraan kes Syamsul dan Puteri Sarah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah tak halang Syamsul jumpa anak-anak, minta datang rumah Yusof Haslam beraya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai, Puteri Sarah kelihatan tak puas hati

"Saya belum lagi berbincang dengan Syamsul mengenai perkara ini dan mendapatkan kepastian dari Syamsul," ujarnya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan sumber mendakwa Puteri Sarah pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.

Dakwa sumber, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada tahun 2020.

sarah 222

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah masih belum berakhir.

Sementara itu, Azmi memaklumkan sebutan kes nusyuz antara Syamsul dan Puteri Sarah berlangsung pada 8 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Manakala sebutan kes cerai pula akan dibicarakan semula di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Mei.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah masih belum berkesudahan meskipun sebelum ini kedua-duanya telah melalui proses lantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain