suria

[V] Syamsul ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai, Puteri Sarah kelihatan tak puas hati

PENGARAH Syamsul Yusof membuat kejutan apabila membatalkan hasrat untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, sepatutnya melafazkan talak secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapanHakim Syarie, Akmaluddin Ilyas.

ARTIKEL BERKAITAN: Busana putih tanda permulaan hidup baharu, Puteri Sarah harap Syamsul tak tukar fikiran lafaz talak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah, Syamsul sempat berbuka puasa bersama... Setuju cerai tanpa pergaduhan malah hubungan lebih baik sebagai kawan

Pasangan itu sepatutnya dijangka bercerai secara baik selepas kedua-dua mereka bersedia untuk berpisah dengan terma-terma penyelesaian yang dipersetujui seperti nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika keluar daripada dewan mahkamah dilihat berang dan tidak puas hati dengan keputusan Syamsul itu selain matanya bengkak dipercayai menangis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain