suria

Wanita hina Islam di pentas komedi mengaku salah, didenda RM8,000 atau empat bulan penjara

Nuramira boleh dikenakan penjara sekira gagal bayar denda.

SELEPAS hampir setahun naik turun mahkamah, wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komedi iaitu Siti Nuramira Abdullah akhirnya dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu N. Priscilla Hemamalini pada Isnin yang turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Nuramira, 27, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah, bagaimanapun menukar pengakuan berkenaan atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) pada Isnin.

amira 2

Nuramira mencetuskan kontroversi tahun lalu menerusi persembahan komedi yang menghina Islam.

Nuramira melakukan tindakan menghina Islam ketika membuat persembahan di Kelab Komedi Crackhouse, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang pada 4 Jun 2022.

Sebuah video memperlihatkan wanita itu bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tanggal baju separuh bogel buat ‘live’ jawab soalan netizen, kerap kongsi tip hubungan seks di YouTube

Sebelum itu, ketika Siti Nuramira naik ke pentas, dia memperkenalkan dirinya selain mengaku seorang wanita Melayu Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Akibat tindakan itu, wanita itu dan teman lelakinya, Alexander Navin A/L Vijayachandran direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertama kali didakwa pada 13 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain