suria

Wanita tanggal baju separuh bogel buat ‘live’ jawab soalan netizen, kerap kongsi tip hubungan seks di YouTube

Siti Amira dan teman lelakinya, Alex tampil memberi penjelasan berhubung penularan videonya.

PELAWAK wanita yang bertindak menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan komedi berdiri (stand up comedy) tampil bersemuka dengan netizen menerusi siaran langsung di saluran YouTube miliknya pada petang Sabtu.

Siti Amira Natasha Abdullah yang kelihatan tenang dan ceria dalam siaran langsung itu tampil bersama teman lelakinya dikenali sebagai Alex.

Sepanjang siaran langsung itu, pelawak itu dilihat bersahaja menjawab soalan-soalan daripada pengikutnya selain dibantu oleh teman lelakinya.

Menjawab salah satu soalan daripada netizen, Siti Amira memberitahu dia menyedari videonya tular di media sosial namun tidak memperincikan tentang insiden tersebut.

Amira Alex

Siti Amira tampil dalam video siaran langsung bersama teman lelakinya, Alex.

Malah, wanita itu dilihat mengelak daripada menjawab soalan berhubung insiden berkenaan namun menegaskan dia berbangga menjadi seorang Muslim.

"Saya berbangga menjadi seorang Islam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bangga hafal Quran 15 juzuk, kemudian buka baju separuh bogel! Firdaus Wong kata ‘dia hina diri sendiri’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita mengaku hafal 15 juzuk al-Quran buka baju atas pentas, Shahrol Shiro kutuk content hina Islam

Teman lelakinya pula menyifatkan Amira sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam malah dia sendiri mengaku bakal memeluk agama itu.

Bukan itu sahaja, Alex mendedahkan dia dan Siti Amira bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Pada Sabtu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam dengan menanggalkan tudung serta pakaiannya ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah kafe komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sebelum melakukan aksi tidak senonon itu, wanita itu memberitahu penonton dia seorang Melayu dan beragama Islam dan telah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.

Sementara itu, atas arahan Alex, Siti Amira mengabaikan soalan-soalan berkaitan penularan video tentang dirinya yang mencetuskan kemarahan netizen pada Sabtu.

Alex berkata, mereka tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut namun memberitahu apa yang berlaku telah disalah tafsirkan.

Saya berbangga menjadi seorang Islam.

SITI AMIRA NATASHA

PELAWAK

"Apa yang kami kata akan disalah tafsirkan," katanya.

Pun begitu, Alex membidas pertanyaan pengikutnya sama ada Siti Amira gemar berbogel di khalayak ramai seperti mana dalam video berkenaan.

"Adakah dia berbangga berbogel depan orang ramai? Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khalayak," ujarnya.

Ditanya mengenai insiden itu sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, Alex memberitahu mereka tidak kisah akan perkara itu kerana sudah terbiasa dengannya.

Pix

Siti Amira didakwa mempersendakan Islam apabila tampil separuh bogel di pentas.

Sementara itu, berkongsi mengenai diri mereka, Alex memberitahu Siti Amira adalah seorang penuntut dalam bidang undang-undang selain bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan terutamanya tentang kesihatan mental.

Pasangan itu bertemu sebelum Covid-19 melanda dunia dan berkongsi kegemaran yang sama iaitu menulis.

Semakkan mStar di saluran YouTube pasangan itu, Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur, mereka banyak berkongsi tentang tip perhubungan dan seks seperti tip melakukan seks oral, seks secara berkumpulan, orgasm, biseksual dan sebagainya.

Dalam beberapa video dikendalikan Amy, pelawak itu dilihat hanya memakai baju dalam dan tangan kanannya turut mempunyai tato.

Video siaran langsung itu bagaimanapun telah dipadam daripada YouTube pasangan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain