suria

Pelawak wanita mengaku hafal 15 juzuk al-Quran buka baju atas pentas, Shahrol Shiro kutuk content hina Islam 

Sharol mengecam tindakan seorang pelawak wanita menghina Islam ketika melakukan persembahan stand up comedy.

KETIKA umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam ketika melakukan persembahan stand up comedy dipercayai di sebuah cafe di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang tular berkenaan, wanita itu pada awalnya tampil di pentas lengkap berbaju kurung dan memakai tudung sebelum melepaskan hijab dan pakaiannya sehingga mendedahkan auratnya di hadapan penonton.

Sebelum melakukan tindakan biadab itu, wanita berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu turut memberitahu kepada penonton dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Pix

Tiada perasaan malu... Pelawak ini dengan selamba membuka tudung dan pakaiannya di atas pentas.

Video itu dipercayai turut dimuat naik sendiri oleh wanita itu menerusi akaun TikTok miliknya, @mie_8099.

Namun carian dibuat mStar terhadap akaun itu tidak berjaya dipercayai sudah dilupuskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terus cipta sejarah... ‘Mat Kilau’ cecah RM61 juta, Syamsul Yusof yakin dapat capai kutipan RM70 juta

Penularan video itu bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah penggiat seni tempatan yang menyifatkan perbuatan wanita itu sebagai biadab.

Pelawak Shahrol Shiro menerusi Instagram miliknya berkata, wanita berkenaan jelas menghina agama Islam dan perbuatan itu sudah melampaui batas.

Maznah

Maznah menyifatkan tindakan wanita itu sebagai melampau.

"Nak buat komedi pun ada garisan batasnya. Lepasi garisan tersebut adalah mengina dan kamu telah menghina dengan menggunakan content agama Islam. Ini betul-betul sudah melampau," tulisnya.

Shahrol turut menggesa, siasatan dilakukan terhadap penganjur iaitu Crack House Comedy Club dan wanita tersebut selain tindakan tegas harus dilakukan.

Sementara itu, pelakon dan aktivis, Maznah Zolkifli turut mempertikaikan tindakan wanita itu dan tidak akan membenarkannya memalukan nama Islam.

Malah Maznah turut mempertikaikan kewajaran kenyataan kononnya sudah menghafal 15 juzuk al-Quran tetapi sikapnya tidak mencerminkan perkara itu.

"Saya tidak akan membenarkan wanita ini memalukan Islam, sekurang-kurangnya bukan dalam pengetahuan saya.

"Setakat cakap hafal 15 juzuk tapi tak boleh membacanya secara terbuka, membohong namanya. Sudah tiada cara lain ke nak jatuhkan maruah kau sendiri?" katanya.

Maznah juga turut meluahkan rasa kesal apabila komen yang ditinggalkan telah dipadam selain tidak dapat membalas komen pengikutnya di laman sosial.

Kata Maznah, perkara itu berlaku mungkin disebabkan terdapat individu yang melaporkan Instagramnya dan akaunnya telah diperhatikan.

"Nampak tak? Apabila kita berani kerana benar, apa saya komen kena removed. Saya tak boleh balas semua komen daripada anda.

"Tidak mengapa, jika inilah penangan daripada dakwah dan jihad kecil saya kerana Allah, saya akan lalui dengan tabah dan tenang," katanya.

Maznah turut berharap kerajaan mengambil tindakan keras kepada sesiapa yang membenarkan atau menghina cara kehidupan dan agama Islam di Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain