suria

“Di mana maruah kita?” – PU Amin gesa tindakan terhadap pelawak wanita buka baju, bimbang rosakkan agama

PU Amin sedih dan marah dengan tindakan pelawak wanita menghina Islam.

PENCETUS Ummah (PU) Amin kesal dengan tindakan wanita yang dilihat secara terang-terangan telah menghina kesucian agama Islam ketika membuat persembahan komedi solo (stand up comedy).

Amin atau Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, perbuatan berkenaan sangat menyedihkan terutamanya apabila individu itu medakwa dirinya seorang penghafal al-Quran.

"Sedih memang sedih. Tidak sangka ada manusia yang main-main dengan tudung, main-main bicara dalam keadaan mengatakan dirinya menghafal al-Quran.

"Buka baju di depan khalayak dan mereka bersorak... Apa hendak jadi dengan kita? Apa hendak jadi dengan umat Islam?

Untitled design (11)

PU Amin menyifatkan perbuatan wanita hina agama Islam itu satu keterlaluan.

"Sebelum ini, kita semangat menonton filem Mat Kilau dengan perjuangan Islam namun hari ini, ada orang menghina agama kita, cuba mengotorkan agama Islam... di mana maruah kita?," katanya.

Pada Sabtu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam dengan menanggalkan tudung serta pakaiannya ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah kafe di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bangga hafal Quran 15 juzuk, kemudian buka baju separuh bogel! Firdaus Wong kata ‘dia hina diri sendiri’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita mengaku hafal 15 juzuk al-Quran buka baju atas pentas, Shahrol Shiro kutuk content hina Islam

Sebelum melakukan aksi tidak senonoh itu, wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Abdullah itu memberitahu penonton dia seorang penganut agama Islam dan telah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.

Pix

Tindakan pelawak wanita ini mengundang kemarahan.

Dalam pada itu, Amin meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap wanita terbabit kerana bimbang akan merosakkan akidah.

"Pihak berkuasa perlu tangkap orang begini kerana sekiranya tidak dibendung, perbuatan sebegini akan mendatangkan kerosakan kepada agama," katanya.

Media turut melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menjalankan siasatan awal berhubung perkara itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain