suria

Pelawak wanita didakwa hina Islam sudah ditahan, kini direman tiga hari bantu siasatan 

Tindakan wanita ini membuka tudung dan pakaiannya ketika melakukan persemahan komedi berdiri membawa padah.

PELAWAK wanita dalam sebuah video kontroversi ketika membuat persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur telah ditahan pihak berkuasa.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita itu reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

"Suspek ketika ini direman selama tiga hari di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam dengan menanggalkan tudung serta pakaiannya ketika melakukan persembahan komedi berdiri.

MP Amira

Siti Amira Natasha sempat membuat video di YouTube menjelaskan insiden itu pada Sabtu.

Sebelum melakukan aksi tidak senonoh itu, wanita itu memberitahu penonton bahawa dia berbangsa Melayu dan beragama Islam serta telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah kahwin, ada 7 boyfriends” - Wanita buka baju separuh bogel tak serik! Mengaku tolak gaya hidup Islam tapi bangga keluarga kuat agama

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilaporkan menjalankan siasatan awal berhubung video berkenaan yang didakwa menghina agama Islam.

Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya menyedari penularan video berkenaan dan siasatan awal telah dijalankan oleh bahagian penguatkuasaan.

Di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, menghina atau menyebabkan penghinaan terhadap Islam adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Laporan polis telah dibuat pada 9 Julai berhubung video yang disiarkan di TikTok dan kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Khas Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan perpecahan dan mencetuskan kebencian dalam kalangan rakyat serta di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain