suria

Shuhada abai komen negatif pertikai kehamilan ketiganya, minta nasihat Ustazah Asma' Harun

Shuhada minta nasihat dari Ustazah Asma' Harun berkaitan kemelut yang melanda.

DI SEBALIK perkongsian berita gembira tentang kehamilan ketiganya, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak terlepas kecaman netizen.

Ia berikutan ada segelintir pihak mula membuat kiraan tempoh Shuhada mula hamil selain menganggap perkara itu tidak seharusnya berlaku ketika dia berdepan dengan kemelut rumah tangga dan kes jenayah yang masih dalam perbicaraan.

Enggan memikirkan apa diperkatakan netizen tentangnya, Shuhada, 29, sebaliknya mengambil pendekatan mengabaikan segala komen negatif terhadapnya kerana sedar dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Shuhada terus kuat untuk anak-anak.

"Sejak awal lagi cerita berkaitan rumah tangga saya ramai yang kecam. Jadi bila ada yang berkata negatif, saya tidak membaca sebarang komen. Ambil sahaja yang positif dan terus menjaga diri sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Khamis lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya kini memasuki usia 10 minggu.

Dalam perkongsian tersebut, Shuhada turut meluahkan rasa bimbang kerana turut berdepan dengan masalah tekanan dan tidak dapat mengambil ubat-ubatan bagi merawat masalah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Hafidz Roshdi umum hamil, bimbang tekanan beri kesan kepada bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa saudara Hafidz Roshdi kesal Shuhada kongsi masalah anak sebenarnya mahu promosi biskut

"Saya masih lagi berjumpa dengan psikiatri dan doktor nasihatkan untuk berhenti mengambil ubat tekanan yang saya makan sebelum ini.

"Disebabkan usia kandungan masih awal, jadi ia boleh memberi kesan jika saya terus makan ubat. Sekarang juga masih dalam perbincangan dengan doktor untuk mencari jalan terbaik bagi masalah tekanan ini.

"Mungkin secara luaran saya boleh kuat untuk berdepan dengan situasi ini. Namun masalah mental kita tidak boleh jangka," ujarnya.

Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Kita tunggu sahaja.

NURUL SHUHADA

ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Mengulas mengenai kes pengesahan lafaz cerai yang sedang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Shuhada berkata dia ada mendapatkan nasihat pendakwah bebas iaitu Asma' Harun bagi mendapat pandangan berhubung situasi dihadapinya ketika ini.

Pun begitu kata Shuhada, pada tahap ini, dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada keputusan mahkamah bagi membuat penilaian sama ada lafaz dibuat Hafidz adalah sah memandangkan dia kini sedang hamil.

"Kalau lafaz itu sah, maka tempoh idah saya akan jadi lebih panjang. Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Kita tunggu sahaja," jelasnya.

ElqXj5EUYAYN_IP

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada masih belum selesai.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain