suria

[V] Isteri ND Lala belum tuntut cerai… Syada Amzah sahkan ibu pergi mahkamah atas tujuan lain

PENYANYI Syada Amzah menafikan berita ibunya iaitu Datin Fauziah Sarman telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suami, Datuk ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 3 April lalu.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, berkata sebagai anak dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya melihat ibunya itu berada di sesuatu tempat yang tidak dapat dipastikan tujuannya.

"Satu sahaja saya nak pesan kepada semua orang, walaupun nampak gambar ibu saya di mahkamah tidak semestinya apa yang kalian sangkakan itu adalah benar.

Syada ketika diminta penjelasan mengenai kemelut keluarganya.

"Sebab ibu saya pergi pada ketika itu bukan untuk memfailkan penceraian. Saya sendiri lihat surat yang ibu saya bawa balik ia bukan pemohonan cerai," katanya kepada mStar.

Syada berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Buka Puasa dan Pelancaran Jelajah Marilah Pulang Floor 88 dan Xeno Entertaiment pada Rabu.

Dalam pada itu, Syada turut memaklumkan kemelut yang melanda keluarganya itu masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Malah dia juga berharap orang ramai memberi ruang untuk keluarganya menyelesaikan masalah itu secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah dakwa tiada akses berhubung dengan bapa, terima hakikat ND Lala ‘pergi’ sekali lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hadir ke mahkamah fail cerai, Fauziah minta wartawan tanya ND Lala sendiri kahwin wanita muda

"Kes ini masih belum selesai, sebab itu saya minta agar diberi ruang untuk kami mencari penyelesaian masalah ini. Kalau dah selesai nanti tanpa ditanya pun kami sendiri akan kongsi sebab kami tak nak orang terus menerus sebar fitnah.

"Kami sendiri pun masih tertanya apa yang akan berlaku selepas ini. Kami sendiri pun masih buntu dan sibuk mencari rezeki untuk Hari Raya Aidilfitri ini.

"Setahu saya sejak dari 3 April lalu, ibu saya tak pernah cakap dia dah failkan penceraian," katanya lagi.

Ditanya tujuan sebenar ibunya ke mahkamah pada awal April lalu, Syada memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Saya, ibu dan adik beradik baru sahaja mengetahui perkara itu pada 1 April lalu.

SYADA AMZAH

PENYANYI

Sementara itu, Syada memberitahu dia dan keluarga baru sahaja mengetahui tentang khabar angin mendakwa bapanya itu berkahwin dengan rakan sekolah kepada kakaknya iaitu Shila Amzah.

"Saya, ibu dan adik beradik baru sahaja mengetahui perkara itu pada 1 April lalu.

"Tarikh itu juga kali terakhir saya berhubung dengan ayah saya," luahnya.

Pada 1 April lalu, isteri ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram mendakwa individu itu menganggu rumah tangganya.

Fauziah kongsi wajah wanita dipercayai orang ketiga.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Fauziah menulis 'penyondol... Siti Munirah Abd Ghani' namun pada hari berikutnya mengemas kini kepada 'Isteri Datuk ND Lala... Datin Siti Munirah Abd Ghani'.

Fauziah pada 3 April lalu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain