suria

Shila Amzah dakwa trauma hingga kini akibat jadi mangsa dera emosi, fizikal dan kewangan

Shila mendedahkan dirinya trauma disebabkan kisah lama.

KETIKA isu rumah tangga ibu bapanya sedang hangat diperkatakan, penyanyi Shila Amzah membuat pengakuan mengejut pernah menjadi mangsa dera sehingga menyebabkan trauma sehingga ke hari ini.

Tidak menyebut secara spesifik individu yang melakukan perkara tersebut, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, sebaliknya memberitahu penderitaan dialami selama ini turut melibatkan kekasih, suami dan juga ahli keluarganya.

"Saya adalah mangsa penderaan emosi, fizikal dan juga kewangan. Nama-nama yang anda sebut itu menyumbang 50 peratus kepada trauma yang saya alami hari ini.

"Ia merangkumi semua... boyfriend, suami dan keluarga. Saya tidak boleh bercerita secara terperinci kerana enggan membuka aib," katanya.

shila 2

Shila bersama bapa dan ibunya.

Shila mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan ini memberitahu dia enggan dikaitkan dengan kisah lama kerana boleh menyebabkan dia kembali trauma mengenang insiden lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hadir ke mahkamah fail cerai, Fauziah minta wartawan tanya ND Lala sendiri kahwin wanita muda

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah dakwa tiada akses berhubung dengan bapa, terima hakikat ND Lala ‘pergi’ sekali lagi

"Perkara ini sesuatu yang besar. Apabila anda bercerita lagi, ia mencetuskan kembali trauma saya," katanya.

Menerusi pendedahan tersebut ramai mula membuat andaian perkara itu ada kaitan dengan bapanya iaitu penyanyi Datuk ND Lala yang didakwa sudah berkahwin lain.

shila 3

Shila mendedahkan pernah menjadi mangsa penderaan emosi, fizikal dan kewangan.

Pada 3 April lalu, ibu kepada Shila atau Datin Fauziah Sarman hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi bagi memfailkan penceraian.

ND Lala juga dikatakan sudah tidak lagi pulang ke rumah dan gagal dijejaki selepas anak bongsunya, Syada Amzah sendiri membuat pendedahan tersebut.

"Kepada ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada sesiapa yang mempunyai akses untuk bercakap dengan ayah," tulisnya di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain