suria

Syada Amzah dakwa tiada akses berhubung dengan bapa, terima hakikat ND Lala ‘pergi’ sekali lagi 

Syada mewakili adik beradik menyuarakan kekecewaan dengan apa yang berlaku.

PENYANYI Syada Amzah tampil menulis surat terbuka buat Datuk ND Lala selepas mendakwa tidak lagi mempunyai akses untuk berhubung dengan bapanya itu.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, berkata, dia dan adik-beradik yang lain terpaksa menerima hakikat bapanya itu memilih untuk pergi sekali lagi dan memilih orang lain berbanding terus bersama mereka sekeluarga.

"Kepada ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada sesiapa yang mempunyai akses untuk bercakap dengan ayah.

"Pertamanya, selamat hari lahir yang ke-62. Terima kasih atas semua pengorbanan bagi membesarkan kami empat beradik.

Syada menulis surat terbuka buat bapanya di Instagram.

Bagi pihak adik-beradik iaitu kakak, Shafiq, Syahir dan saya, kami sudah menerima hakikat bahawa ayah memilih untuk pergi sekali lagi, ayah tidak memilih kami," katanya.

Syada berkongsi surat terbuka itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hadir ke mahkamah fail cerai, Fauziah minta wartawan tanya ND Lala sendiri kahwin wanita muda

ARTIKEL BERAKITAN: Isteri kongsi foto wanita dengan kapsyen penyondol, gosip ND Lala kahwin dua kembali hangat

Dalam pada itu, Syada berkara dia dan adik-beradik sebenarnya sudah lama mengetahui hubungan bapanya itu namun baru sekarang semuanya terjawab.

Katanya, tiada apa yang dapat dilakukan selain mendoakan kebahagiaan buat ND Lala.

"Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya," tulisnya lagi.

553

Perkahwinan 35 tahun Fauziah dan ND Lala diambang retak.

Pada 1 April lalu, isteri ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Fauziah menulis 'penyondol... Siti Munirah Abd Ghani' namun pada hari berikutnya mengemas kini kepada 'Isteri Datuk ND Lala... Datin Siti Munirah Abd Ghani'.

Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi untuk memfailkan penceraian terhadap ND Lala.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain