suria

[V] Farid Kamil terkejut lihat ibu mentua di mahkamah, dakwa Diana Danielle pernah usir sejak 2019

SELEPAS meminta Diana Danielle bertaubat sebelum dilaknat, pelakon dan pengarah Farid Kamil mendedahkan pula isterinya itu pernah mengusir ibu kandungnya iaitu Norsiah Ramli dari rumah mereka sekitar tahun 2019.

Farid, 42, berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan ibu mentuanya itu namun terkejut melihat kelibat Norsiah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menemani Diana pada 5 April lalu.

"Saya tak dapat hubungi ibu mentua saya kerana setahu saya sejak 2019 Diana dah halau dia keluar dari rumah kami... tetapi tiba-tiba 2023 dia muncul di sini (mahkamah) minggu lepas semasa kes hadanah.

Farid, Diana bersama Norsiah Ramli.

"Itu satu benda yang mengejutkan sebab sepatutnya Diana kena jelaskan pada saya sebab apa dia halau dan tidak mahu berjumpa ibunya ketika itu.

"Tetapi selepas berlaku perkara sebegini, tiba-tiba Norsiah muncul dan saya sendiri sudah lama tak berhubung dengannya sebab Diana yang putuskan hubungan dengan ibunya sendiri," katanya.

Farid mendedahkan perkara itu ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagi menjalani proses sulh bagi berbincang untuk mencapai kata sepakat antara kedua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejambak ros tak dilayan, Farid Kamil terus pujuk Diana... Kali ni beri tawaran lebih RM300,000 termasuk Vellfire

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil minta Diana Danielle bertaubat sebelum kena laknat, tetap maafkan semua kesalahan

Bagaimanapun proses itu tidak dapat diteruskan selepas Diana tidak menghadirkan diri atas alasan belum bersedia bersemuka dengan Farid.

Proses sulh ditangguhkan pada 25 Mei depan.

Dalam pada itu, menjelaskan perjalanan Umrah yang diungkit Diana, Farid berkata, isterinya itu sendiri yang memberitahu ia hadiah buatnya memandangkan itu kali pertama mereka sekeluarga ke luar negara.

Namun kata Farid, dia tidak menyangka semua itu kini menjadi satu bebanan hutang yang perlu dibayar kepada isterinya.

Saya ada sedikit kekangan iaitu saya hanya boleh selesaikan bayaran umrah tersebut pada hujung bulan.

FARID KAMIL

PELAKON

"Tahun 2023 adalah pertama kali saya dibenarkan ke luar negara dan saya pilih untuk ke Makkah sebagai destinasi untuk saya bawa Diana bersama.

"Tetapi slot untuk ke sana jatuh pada 23 haribulan dan saya ada sedikit kekangan iaitu saya hanya boleh selesaikan bayaran umrah tersebut pada hujung bulan.

"Namun Diana pada asalnya dia beritahu untuk kali pertama mereka sekeluarga ke luar negara dia akan hadiahkan perjalanan itu untuk saya. Tetapi bila semua dah jadi begini hadiah itu bertukar menjadi hutang," jelasnya.

Cincin emas yang dibawa bersama Farid sebagai ganti cincin hilang.

Menjawab isu cincin perkahwinan pula, Farid mendakwa dia memang berjanji untuk membeli sebentuk cincin baru buat Diana selepas ia hilang semasa melahirkan anak kedua mereka, Aurora.

Farid berkata, Diana memang sedih kehilangan cincin tersebut namun tidak menyangka ia menjadi isu besar sehingga di bawa ke mahkamah.

"Aurora dilahirkan menggunakan kaedah 'water birth', jadi semasa proses itu, Diana menanggalkan cincin tersebut dan meletakkan dalam beg.

"Tapi selepas bersalin dan nak balik, dia cari cincin tersebut tapi tidak jumpa yang membuat kan dia sedih dan menangis.

"Disebabkan mahu dia berhenti bersedih mengenainya, saya kata cincin itu tidak penting sebab boleh beli yang baru tetapi kenangan melahirkan Aurora adalah kebahagiaan yang tidak boleh dibeli.

Farid Kamil harap dapat pertahankan rumah tangga bersama Diana.

"Saya tak sangka perkara itu boleh jadi besar dan memang saya janji saya akan cari cincin baru dan Alhamdulillah daripada hilang sebentuk cincin, saya dah ganti enam yang lain untuknya," jelasnya.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Pelakon filem Remp-It itu bagaimanapun enggan melafazkan talak terhadap Diana kerana masih menyayanginya.

Farid dan Diana disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain