suria

[V] “Kita ikut adat”… Ubai dah beli cincin, bersedia kahwin Shila Amzah

KEKASIH kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai mengakui sudah bersedia membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Menurut Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia sudah pun membeli cincin untuk kekasihnya itu namun proses seterusnya masih dalam perbincangan keluarga.

"InsyaAllah cincin itu sebagai tanda ke fasa seterusnya. Bila dah beli maksudnya lebih serius.

shila1 - 1

Pasangan merpati dua sejoli, Ubai dan Shila.

"Tapi tak tahu lagi tarikhnya. Masih dalam perbincangan keluarga. Ibu saya juga sekarang kurang sihat.

"Kita akan melalui proses ikut adat," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa trauma hingga kini akibat jadi mangsa dera emosi, fizikal dan kewangan

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku tengah bahagia dengan Ubai, Shila Amzah dituduh perampas pula - "Saya tak akan mulakan atas kesengsaraan orang lain"

Ubai mengulas perkara tersebut selepas tular video dia dan Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, keluar membeli cincin di sebuah kedai emas.

Sementara itu ditanya mengenai mengenai Shila yang mengakui berdepan trauma sebelum ini, Ubai berkata dia sentiasa menasihati kekasihnya itu untuk lebih tenang.

InsyaAllah cincin itu sebagai tanda ke fasa seterusnya. Bila dah beli maksudnya lebih serius.

UBAI

KEKASIH SHILA AMZAH

"Kalau dia stres tu selalunya berkaitan kerja atau hal keluarga. Jika ia terjadi saya akan nasihat supaya lebih tenang.

"Selalunya saya boleh nampak sendiri dia tertekan atau Shila akan bercerita sendiri kepada saya jika dia bersedia," ujarnya.

Shila sebelum ini membuat pendedahan mengejut pernah menjadi mangsa dera menyebabkan dia trauma sehingga ke hari ini.

Dalam masa Ubai juga memberitahu enggan terlalu masuk campur urusan kemelut rumah tangga ibu bapa Shila yang kini hangat diperkatakan.

"Saya tidak masuk campur hal keluarga mereka. Kalau Shila beritahu saya akan dengar, jika enggan cerita tidak mengapa.

"Apa yang berlaku bukan tentang keluarga saya, jadi saya kurang ambil tahu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain