suria

[V] Puteri Sarah tak halang Syamsul jumpa anak-anak, minta datang rumah Yusof Haslam beraya

PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak akan menghalang Syamsul Yusof berjumpa dua anak mereka bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia dan anak-anak bakal menyambut perayaan itu di kediaman mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

"Kalau Syamsul nak jumpa anak-anak raya nanti saya tidak kisah. Datanglah ke Taman Melawati rumah Yusof Haslam.

sarah rayaa - 1

Syamsul kelihatan ceria ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi.

"Saya akan menyambut Aidilfitri bersama mentua dan akan bercuti sekali dengan mereka," katanya kepada mStar.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sebutan kes penceraian yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul ubah fikiran, tak jadi lafaz cerai, Puteri Sarah kelihatan tak puas hati

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah enggan tarik saman Ira Kazar, Syamsul minta diskaun nafkah anak punca lafaz cerai tak jadi

Dalam pada itu, Puteri Sarah menyangkal dakwaan dia akan membawa diri ke luar negara meraikan hari raya bersama anak-anaknya.

"Tidak, saya tidak beraya di luar negara. Mungkin ibu mentua saya maksdukan tahun lalu sebab saya beraya di Makkah. Insya Allah tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur," ujarnya.

Kalau Syamsul nak jumpa anak-anak raya nanti saya tidak kisah. Datanglah ke Taman Melawati rumah Yusof Haslam.

PUTERI SARAH

PELAKON

Pada 10 April lalu, Puteri Sarah dan Syamsul mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik dengan beberapa syarat yang dipersetujui termasuk berhubung soal nafkah anak mereka.

Aktres itu pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul namun pengarah itu enggan menceraikannya atas alasan percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Puteri Sarah memberi alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain