suria

Zizan dan Issey serasi sebagai pengarah, berjaya siap ‘Heistdilfitri’ dalam tempoh 3 minggu

Zizan dan Issey serasi berkerjasama sebagai pengarah.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak melangkah setapak dalam karier seninya apabila mengarahkan telefilem pertamanya berjudul Heistdilfitri untuk siaran hari raya nanti.

Zizan atau Razizan Abdul Razak, 39, berkata, meskipun sudah mempunyai pengalaman luas sebagai pelakon namun masih banyak perkara perlu dipelajari sebagai seorang pengarah agar produk dihasilkan diterima baik penonton.

Kata Zizan, dia banyak mengambil inspirasi karya dari Hollywood, Korea Selatan malah filem Tamil dalam arahan telefilem pertamanya itu.

"Saya memang peminat cerita Korea Selatan dan beberapa negara luar lain kerana dialog dan persekitaran mereka yang sangat dekat dengan Malaysia.

336322476_930780141593372_3266774308029915120_n

Zizan dan Issey berkerjsama untuk Heistdilfitri

"Selaku pengarah baru saya juga mengambil inspirasi daripada beberapa pengarah hebat di negara ini tapi saya rasa banyak lagi perkara yang perlu saya belajar untuk setaraf dengan mereka, tapi saya rasa kalau berusaha Insya Allah akan tercapai," katanya kepada mStar.

Zizan berkongsi perkara itu menerusi temuramah virtual bersama pengarah dan pelakon Heistdilfitri pada petang Isnin.

Apa lebih menarik, Zizan tidak keseorangan mengisi kerusi pengarah sebaliknya bergandingan dengan pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham bagi menjayakan telefilem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kini lebih tenang bercakap soal jodoh, takut kisah cinta lama berulang... “Niat nak kahwin itu ada”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Issey tak pernah beza kasih sayang antara 3 anak tiri, syukur hubungan sudah akrab macam darah daging sendiri

Kata Zizan, mereka mempunyai keserasian yang baik sehinggakan drama itu hanya mengambil masa tiga minggu sahaja untuk diselesaikan.

"Selepas ini kalau ada peluang untuk kami bergabung mungkin tiada masalah cuma kalau untuk saya bergerak solo ini ada sedikit cuak.

"Insya Allah selepas ini akan ada projek untuk mengarah filem atau drama saya akan berkerjasama dengan Issey lagi," katanya.

Berdebar memang berdebar, saya dah banyak tahun jadi pelakon dan saya hanya mendengar arahan.

ZIZAN RAZAK

PELAKON/PENGARAH

Sementara itu, Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 35, berkata dia juga selesa berkerjasama dengan Zizan malah berharap ada gabungan bersama lagi selepas ini.

Katanya meskipun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka namun semuanya dapat diselesaikan secara baik menerusi perbincangan agar dapat cari penyelesaian.

"Saya juga mengharapkan kami bergabung lagi sebab kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk berkongsi idea... Zizan seorang yang banyak idea disebabkan dia pernah melakonkan pelbagai watak bersama pengarah berbeza," jelasnya.

Issey juga berharap telefilem mereka ini akan membuka mata ramai pihak tentang kemampuan yang dimilik mereka namun tidak meletakkan harapan tinggi untuk telefilem ini kerana percaya ia masih lagi dalam proses pembelajaran.

336052584_590458273008335_1474018414154636742_n

Issye dan Zizan harap telefilem arahannya diterima baik.

"Kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi tapi menganggap ia sebagai proses belajar. Kami pun masih belum berpuas hati seratus peratus. Kami berharap penonton akan berpuas hati sekali gus menerima mesej dari telefilem berkenaan.

"Kami juga berharap telefilem ini membuka pihak-pihak lain tentang kemampuan kami berkerja sebagai pengarah dan menerima kerja kami," konsginya.

Telefilem ini mengisahkan Ibrahim dilakonkan Zizan, Anis pula Shiqin Kamal dan Mus ialah Issey merupakan perompak profesional yang merompak aset bernilai tinggi.

336028634_749211143253441_3498774652945710081_n

Antara barisan pelakon Heistdilfitri.

Disebabkan tersentuh dengan iklan-iklan raya yang bertemakan keluarga, tiga sekawan ini mula mencari sebuah keluarga untuk beraya bersama mereka.

Pencarian tersebut menemukan mereka dengan sebuah keluarga hartawan. Ibrahim, Mus dan Anis menangkap mereka maka bermulalah misi mereka untuk beraya bersama ’keluarga’.

Selain Zizan, Issey dan Shiqin, Heisdilfitri turut dibintagi Khir rahman, Maria Farida dan Jihaa Sham.

Heisdilfitri bakal bertemu dengan peminat pada Syawal kedua pada pukul 10 pagi di Astro Ria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain