suria

Jeffrydin kesal penerbit pilih bulu, penyanyi lama dilupakan - “Takkan nak bayar kami RM2?”

Jeffrydin mohon penyanyi veteran diberi peluang.

PENYANYI Datuk Jeffrydin kesal apabila terdapat segelintir pemain industri seni sudah tidak lagi sedar akan kewujudan artis-artis veteran sepertinya.

Jeffrydin atau Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman, 77, berkata, perkara itu membuatkan dia terkilan kerana tidak lagi diberikan banyak peluang untuk muncul dalam mana-mana program hiburan.

Katanya, pihak penerbit seharunya lebih prihatin terhadap nasib penyanyi veteran yang masih mampu membuat persembahan pentas meskipun usia sudah lanjut.

"Pada pandangan saya, mereka mungkin tidak prihatin pada artis-artis veteran yang pernah popular. Mereka tidak pandang dan hanya nampak penyanyi baru saja.

jeffrydin1 - 1

Jeffrydin terkilan dengan sikap segelintir penerbit muzik.

"Artis-artis lama ni kalau dia kasi 'bersih' dan digilap lagi, pasti kami boleh beraksi lagi di atas pentas.

"Datangnya penerbit-penerbit baru ini, mereka pandang penyanyi yang baru, yang berwajah kacak dan cantik. Mereka tak pandang yang lama-lama ni," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa Jeffrydin 'reject' Aiman Tino nak berduet - "Saya kata nanti... nak fikir dulu"

ARTIKEL BERKAITAN: Sihat pada usia 72 tahun, aktiviti Jeffrydin bermula selepas Subuh

Jeffrydin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni (Pemekar) di Hotel Grand Barakah, Ampang pada Sabtu.

Imbau penyanyi lagu Mas Mona ini, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah berpesan kepadanya untuk tiak menggemis bagi mendapatkan tawaran menanyi.

Kenapa artis-artis yang keluar daripada program realiti mereka boleh bayar sebanyak RM15,000, tetapi kami yang veteran ini RM10,000 pun tak mampu beri.

JEFFRYDIN

PENYANYI

Disebabkan itu katanya, dia tidak pernah meminta bayaran tidak masuk akal namun berharap tawaran diberikan setanding dengan bakat dan pengalaman yang ada.

"Saya bukan minta disanjung kerana pernah dipesan oleh P. Ramlee agar tak jadi penggemis kepada mereka. Jangan kita meminta-minta kepada mereka (untuk tawaran kerja).

"Penyanyi lama tak pernah demand. Kalau nak bagi berapa, kami terima tapi mereka perlu lihat juga pengalaman yang kami ada.

jeffrydin2 - 1

Jeffrydin masih mampu melakukan persembahan pentas.

"Takkan nak bayar kami RM2? Kenapa artis-artis yang keluar daripada program realiti mereka boleh bayar sebanyak RM15,000 tetapi kami yang veteran ni RM10,000 pun tak boleh bagi," soalnya.

Sehubungan itu, Jeffrydin berharap artis lama sepertinya tidak diketepikan apatah lagi dia pernah memberi pelbagai sumbangan terhadap industri muzik termasuk albumnya pernah terjual sebanyak 150,000 suatu ketika dahulu.

"Kalau tiada yang lama, tidak ada yang baru. Jadi jangan ketepikan orang-orang lama. Mereka harus ingat kepada kami yang telah lama berjuang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain