suria

Rossa harap ‘Khanti’ ulang kejayaan ‘Ayat-Ayat Cinta’, sedang intai kolaborasi dengan penyanyi Malaysia 

Rossa hadir ke konti Suria FM bagi mempromosikan single terbaharunya Khanti. Foto YAP CHEE HONG

PENYANYI Datuk Seri Rossa berharap single terbaharunya berjudul Khanti dapat menandingi beberapa lagu runut bunyi yang pernah dirakamkan sebelum ini.

Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani, 45, berkata, Khanti merupakan lagu runut bunyi bagi drama Bidadari Bermata Bening yang sedang disiarkan menerusi platform penstriman digital Viu Indonesia.

"Sudah lama sangat saya tidak menyanyikan lagu tema kerohanian dan kebetulan lagu ini juga dilancarkan dalam bulan Ramadan.

rossa11 - 1

Rossa berharap peminat dapat menerima lagu Khanti.

"Lagu ini membawa makna yang sangat mendalam. Ia banyak menceritakan tentang kesabaran dalam cara Islam dan tentang sebuah harapan ingin mendapatkan cinta terbaik di akhir ceritanya.

"Harapan saya agar peminat dapat menerima lagu ini dan bagi mereka yang sudah lama menanti saya menyanyikan lagu-lagu keagamaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa terkejut Chakra Khan datang konsert di KL, busana RM235,000 curi tumpuan sempena 25 tahun jadi penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai merungut tiket konsert terlalu mahal, Rossa perjelas sebahagian jualan untuk tujuan derma

"Ini adalah lagu yang menurut saya lebih kurang seperti Ayat-Ayat Cinta, Atas Nama Cinta dan Hijrah Cinta," katanya kepada mStar.

Lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya oleh Melly Goeslaw dan susunan muzik hasil kerja Andi Rianto.

Jelas Rossa, Khanti membawa maksud sabar yang diambil daripada bahasa sanskrit dan ia ciptaan sepenuhnya oleh Melly Goeslaw dan susunan muzik Andi Rianto.

Ini adalah lagu yang menurut saya lebih kurang seperti Ayat-Ayat Cinta, Atas Nama Cinta dan Hijrah Cinta.

ROSSA

PENYANYI

Dalam pada itu, Rossa turut meluahkan keinginan untuk berkolaborasi dengan penyanyi dari Malaysia memandangkan sudah lama dia tidak muncul lagu duet dengan mana-mana penyanyi dari negara ini.

Kata Rossa, dia tidak menolak sekiranya diberikan peluang itu namun buat masa ini belum mempunyai sebarang perancangan ke arah berkenaan.

Tambahnya, dia akan mencari konsep lagu yang sesuai sebelum memilih mana-mana penyanyi untuk digandingkan.

rossa22 - 1

Rossa tidak menolak untuk berduet bersama artis Malaysia.

"Saya memang ingin berkolaborasi dengan artis Malaysia tetapi buat masa ini belum ada yang pasti.

"Biasanya saya tidak memilih rakan duet terlebih dahulu, namun lebih mencari konsep yang sesuai untuk menghasilkan lagu.

"Macam sebelum ini saya berduet dengan Hafiz Suip, Joe Flizzow, itu saya yang menetapkan konsep terlebih dahulu dan baru saya cari rakan duet yang sesuai," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain