suria

Senyuman Kamal Adli sudah kembali, Uqasha Senrose buat kejutan sempena hari jadi ke-37

Kamal Adli kini sudah mampu tersenyum kembali.

PELAKON Kamal Adli meluahkan rasa terharu apabila isteri tercinta, Uqasha Senrose membuat kejutan sempena hari jadinya yang ke-37 pada Ahad.

Kamal atau Ahmad Kamal Mohammad Adli, 37, turut mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana telah menjaga dirinya dengan baik sejak insiden dia dipukul di Singapura pada Mac lalu.

Kata Kamal, disebabkan isterinya, dia kini sudah mampu tersenyum kembali.

kamal1 - 1

Uqasha beri kejutan buat suami tercinta.

"Terima kasih sayang untuk kejutan dan kek ini. Sayang dah terlebih-lebih manis daripada gula.

"Terima kasih jaga saya sejak daripada insiden itu sampailah dapat senyum semula. Saya sayang awak sangat," katanya.

Kamal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose tak berani keluar rumah tanpa teman, Kamal Adli pula murung selepas insiden diserang

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek pukul Kamal Adli tak dibenar diikat jamin, mahkamah buat keputusan selepas buat penilaian psikiatrik

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, membuat kejutan itu ketika pasangan berkenaan berniaga di Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Kamal mengakui dirinya masih mengalami trauma dan disebabkan itu dia lebih banyak berdiam diri.

Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang telah memberikan ucapan hari lahir dan mendoakannya.

"Terima kasih kepada semua yang beri ucapan hari lahir. Maaf tak dapat nak balas semua.

kamal2 - 1

Keadaan Kamal selepas dipukul.

"Alhamdulillah, saya masih bernafas. Syukur kepada Allah. Saya masih trauma sikit-sikit, itu yang saya diam agak lama. Maaf ya," ujarnya.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian kepada, wajah dan badan.

Suspek yang berjaya ditahan kini dilanjutkan pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura selepas didakwa di Mahkamah Singapura pada 4 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain