suria

Uqasha Senrose tak berani keluar rumah tanpa teman, Kamal Adli pula murung selepas insiden diserang

Uqasha dan Kamal perlu teman ketika keluar rumah.

PELAKON Uqasha Senrose masih berdepan trauma selepas insiden suaminya Kamal Adli diserang semasa menyertai satu acara jualan hari raya di Singapura pada 13 Mac lalu.

Kata Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, walaupun sudah sebulan kejadian itu berlalu namun dia dan Kamal masih belum berani untuk keluar rumah tanpa teman.

"Saya nak keluar rumah pun rasa takut, nak pergi pusat beli belah pun tak berani. Kamal sekarang pun susah nak keluar rumah tapi bila dia duduk rumah saya nampak dia sedikit murung dan tak gembira," katanya kepada mStar.

317779141_1203366320599737_1296595679577927575_n

Kamal dan Uqasha masih trauma kes pukul di Singapura.

Uqasha berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi barisan pelakon Sumpahan Jerunai yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Uqasha, buat masa ini dia hanya keluar rumah untuk urusan kerja selain perlu membawa teman sepanjang masa ketika berada di tempat awam.

Bimbang kejadian sama berulang kepada Kamal, Uqasha berkata dia turut mengupah pengawal perbadi selain meminta polis membuat rondaan di sekitar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu buat dakwaan kaki buli mahu berbaik, Uqasha Senrose serah pihak berkuasa siasat tuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan selepas insiden diserang cota, Uqasha Senrose luah rasa rindu pada Kamal Adli

"Selepas apa yang terjadi, saya hanya keluar untuk jalani penggambaran sahaja. Rasa takut dan berdebar bila ada dekat luar. Saya tak berani seorang diri, kena berteman.

"Kamal pula di rumah ada upah pengawal peribadi untuk jaga keselamatan Kamal. Kami juga buat laporan polis untuk jaga rumah itu dan buat rondaan beberapa jam sekali," kongsinya.

Berkongsi keadaan terkini Kamal, Uqasha memberitahu bahawa suaminya sudah semakin sembuh cuma sedikit murung kerana tidak berani keluar dari rumah.

Dia rela dipukul cota 50 kali berbanding bertemu dengan doktor.

UQASHA SENROSE

PELAKON

Kata Uqasha, Kamal seorang yang tidak suka bertemu doktor membuatkannya sukar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Dia sedikit sensitif dan murung apabila berada di rumah, dia rela dipukul cota 50 kali berbanding bertemu dengan doktor.

"Dia takut doktor... takut dengan jarum. Dia sepatutnya pergi lakukan X-ray dan MRI untuk elakkan terjadi perkara yang tidak diingini pada kesihatannya tapi dia tak nak," katanya.

275137771_485189783047811_8917713562447877981_n

Kamal jadi sensitif berkurung di dalam rumah.

Sebagai seorang isteri, Uqasha memberitahu dia tidak mahu memaksa suaminya sebaliknya cuba memahami dan menasihati sahaja.

"Saya anggap ini ujian untuk saya. Saya tak nak memaksa dia cuma boleh nasihatkan dia untik kebaikan dia.

"Saya sebagai isteri kena faham keadaan Kamal dan saya pun kena kuat untuk dia juga," luahnya.

323124457_1843309959344319_3513430110957292911_n

Kamal ketika diserang di Singapura.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu dia masih belum mengetahui identiti individu menyerang Kamal dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu yang sedang dalam perbicaraan.

"Tengok muka dia macam waras, tapi tak tahulah sekarang ini orang normal pun boleh jadi tak waras. Dia dah jalani ujian psikiatri selama minggu tapi masih tak ada jawapan dan sekarang dilanjutkan seminggu lagi.

"Mahkamah Singapura pun masih belum boleh putuskan apa-apa. Jadi kami hanya boleh tunggu sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain