suria

Pelancong Iran cuba ‘scam’ Pasya Mentor 7, minta buat busking istimewa tapi enggan bayar RM200 

Pasya nyaris ditumbuk oleh warga Iran.

PENYANYI Pasya Mentor nyaris ditumbuk oleh seorang lelaki warganegara Iran apabila berlaki perselisihan faham ketika dia bersama rakan-rakan sedang melakukan persembahan busking di Jalan Alor Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Pasya atau Faizul Asyraf Fauzi, 29, berkata, sebelum kejadian seorang wanita Iran mendekatinya sebelum membuat permintaan mengadakan persembahan berdekatan dengan meja makan bersama rakan-rakannya yang lain.

Kata Pasya, wanita itu turut bersetuju dikenakan caj sebanyak RM200 bagi mengadakan persembahan itu memandangkan mereka perlu memindahkan alatan muzik dekat dengan meja mereka.

"Saya sudah memaklumkan sekiranya mahu kami berpindah tempat, ada caj lain kerana perlu mengangkut peralatan muzik dan kelengkapan sistem audio.

pasya2 - 1

Pasya menyanyi busking di Bukit Bintang.

"Kami kenakan caj RM200 dan dia terus setuju tanpa ada sebarang bantahan," katanya.

Pun begitu, selepas selesai membuat persembahan khas untuk wanita berkenaan, ahli kumpulan Pasya membawa tabung untuk mengutip bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasya Mentor 7 bukan merajuk, cuma hilangkan diri jadi busker - "Mula dengan modal RM300 saya pindah ke negeri orang"

ARTIKEL BERKAITAN: Pasya (Mentor 7) jual bubur dan ayam goreng, tak kisah berpanas tepi jalan demi cari rezeki - "Kadang-kadang ada peminat suruh nyanyi"

Wanita Iran itu bagaimanapun tidak menepati janjinya dan tidak enggan membuat pembayaran seperti dijanjikan.

"Ketika tabung kami tiba di meja tempat wanita itu duduk, dia tidak menepati janjinya untuk membayar caj yang dipersetujuinya tadi.

"Malah, satu sen pun mereka tidak mahu bayar," ujarnya.

Sementara itu, wanita berkenaan mula meninggikan suara dan menengking ahli kumpulan busker yang lain dan tetap dengan pendirian untuk tidak membayarnya.

WhatsApp Image 2023-04-16 at 7.08.00 PM

Keadaan menjadi kecoh di Jalan Alor, Bukit Bintang.

Keadaan mula menjadi kecoh apabila wanita Iran berkenaan menuduh Pasya dan dua lagi ahli busker lain melakukan peras ugut dengan meminta wang sebanyak RM200.

Tambah Pasya lagi, rakan lelaki wanita itu tiba-tiba bangun dan memberi amaran akan menumbuk bintang kelahiran program Mentor 7 itu jika dia tidak beredar.

Bagaimanapun kekecohan itu akhirnya menemui pendamaian apabila seorang lelaki dipercayai warganegara Iran yang kelihatan sedikit berusia menenangkan kedua-dua pihak untuk diajak berbincang.

"Setelah menerangkan perkara sebenar tentang syarat bayaran dipersetujui wanita tadi, barulah lelaki itu faham dan mengarahkan salah seorang rakannya membuat pembayaran secara atas talian," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain