Hidangan kari kentang menjadi punca seorang wanita digigit dan dihentak dengan batu oleh suaminya. -Gambar hiasan AI
GARA-GARA dihidangkan kari kentang untuk makan malam, seorang lelaki didakwa menggigit isterinya dan menghentak kepala wanita itu menggunakan batu sehingga pengsan.Insiden itu tercetus selepas mangsa, Preeti Vishwakarma, 40, menjelaskan dia hanya memasak menggunakan bahan yang ada di rumah. Namun malangnya, jawapan yang diberikan itu mengundang kemarahan suaminya pada petang 12 Oktober lepas dalam kejadian di Kampung Domampur, Uttar Pradesh, India.Menurut polis, suspek, Om Prakash Vishwakarma pada mulanya meminta makanan sebelum mempersoalkan tindakan isterinya menyediakan kari kentang.Dia kemudian didakwa menggigit beberapa bahagian tubuh mangsa dan berulang kali menghentak kepalanya menggunakan batu sebelum melarikan diri selepas wanita itu tidak sedarkan diri.Anak-anak pasangan itu menjerit meminta bantuan apabila melihat keadaan ibu mereka.Situasi cemas yang berlaku itu membuatkan jiran mereka membawa mangsa ke pusat kesihatan.Mangsa kemudian dirujuk ke hospital daerah kerana kecederaan serius, namun keadaannya dilaporkan semakin baik.Susulan aduan mangsa pada Rabu, polis membuka kes cubaan membunuh serta penghinaan yang disengajakan untuk mencetuskan kekacauan.Usaha mengesan dan menahan suspek masih diteruskan. -Agensi