PELAWAK Rahim turut terpanggil memberikan pandangan berhubung kemelut persahabatan antara Shuib dan Jep yang kini menjadi perhatian selepas kedua-duanya tampil mengeluarkan kenyataan secara terbuka.Rahim, 56, menerusi ruangan komen di Instagram Shuib, mengingatkan rakannya itu supaya tidak membiarkan persahabatan yang terjalin sekian lama terputus hanya disebabkan ego. Menurutnya, permohonan maaf bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya membuktikan keberanian mengakui kesilapan dan menghargai hubungan yang pernah terjalin.Komen yang Rahim tinggalkan di ruangan komen Shuib."Jika kita sedar kita akan kehilangan seseorang kerana kesilapan kita sendiri, jangan biarkan ego menjadi perkara terakhir yang memisahkan kita."Kerana ada 'maaf' yang mungkin tidak mampu mengembalikan masa, tetapi mampu membuat hati seseorang tahu bahawa kita benar-benar menyesal."Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jep balas permohonan maaf, sudah ambil tindakan saman Shuib... "Ini fasal fitnah"ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta maaf, harap isu dengan Jep selesai cara baikTambah Rahim, permohonan maaf juga menunjukkan seseorang itu masih mempunyai kesedaran dan keikhlasan untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan.Jelasnya, individu yang berani mengakui kesalahan dan memohon maaf merupakan insan yang mulia."Kadang-kadang, sebuah 'maaf' adalah tanda bahawa hati kita masih punya rasa, jiwa kita masih punya kesedaran, dan kita masih menghargai seseorang yang pernah kita sakiti.Shuib dan Jep sudah lama tidak bertegur."Kerana manusia yang paling mulia bukan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan."Tetapi manusia yang apabila tersedar telah tersilap, dia berani mengaku, berani meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi," ujarnya.Sebelum ini, Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, mengakui kesilapannya selepas mengeluarkan kata-kata sindiran terhadap Jep ketika mengendalikan program Dol's Podcast.Shuib membuat permohonan maaf itu selepas seminggu Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap cara dia dan Mamat mengendalikan podcast berkenaan.Shuib, Jep dan Rahim pernah berada dalam kumpulan yang sama.Bagaimanapun, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung isu yang berlaku antara mereka.Untuk rekod, Jep, Shuib dan Mamat pernah bersama dalam kumpulan lawak Sepah sebelum Mamat mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut.Jep dan Shuib kemudian meneruskan perjalanan seni mereka menerusi kumpulan Sepahtu.Kemelut persahabatan itu mula mendapat perhatian selepas Jep menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa Shuib dan Mamat pernah mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran terhadapnya ketika mereka masih bersama dalam kumpulan Sepah.