suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sengsara sikap baran suami, tergamak naik tangan ketika hamil lima minggu... Isteri pilih bercerai, selamatkan diri - “Dia tak akan berubah”

Isteri akan mengalami trauma berpanjangan apabila berkahwin dengan suami panas baran. -Gambar hiasan AI

BERITA kehamilan sepatutnya membawa kegembiraan buat pasangan suami isteri.

Namun berbeza dengan wanita ini, dia sebaliknya trauma saat mendapati dirinya hamil lima minggu sehingga terfikir untuk mengugurkan kandungan.

Ini kerana jelas wanita itu, dia takut mengenangkan sikap panas baran suami yang kerap memukulnya.

Isteri akan berasa terbeban apabila memperoleh suami yang panas baran dan gemar 'naik tangan'. -Gambar hiasan AI

Isteri akan berasa terbeban apabila memperoleh suami yang panas baran dan gemar 'naik tangan'. -Gambar hiasan AI

"Boleh ke gugurkan kandungan usia lebih lima minggu? Anak ini hasil perkahwinan yang sah tapi saya kena tumbuk dengan suami.

"Masa kena tumbuk, saya tak tahu yang saya hamil," luahnya di Threads.

Dalam pada itu, wanita itu berkata, dia pernah membuat laporan polis dan membawa kes keganasan rumah tangga sehingga ke peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK). 

  • Seorang wanita hamil lebih lima minggu meluahkan rasa trauma dan ketakutan selepas mendakwa ditumbuk suami.
  • Ketika kejadian berlaku, dia masih belum mengetahui dirinya sedang mengandung.
  • Dia membuat laporan polis sehingga ke peringkat IPK serta mendakwa pihak atasan suaminya sudah dimaklumkan, namun belum mengambil tindakan.
  • Wanita itu menyuarakan hasrat untuk tidak meneruskan kandungan dan mahu bercerai kerana bimbang sikap ganas suaminya tidak berubah.
  • Netizen memberikan sokongan emosi serta menasihatinya mendapatkan pandangan pakar sebelum membuat keputusan.

Malah katanya, pihak majikan tempat kerja suaminya juga turut mengetahui kejadian menimpanya namun belum ada sebarang tindakan diambil terhadap lelaki tersebut.

"Saya tidak mahu teruskan kehamilan dan mahu bercerai sebab tahu lelaki panas baran, kaki pukul tidak akan berubah," tambahnya yang kecewa dengan sikap suami.

Hantaran itu mengundang simpati warga maya namun menasihatikan wanita itu tidak menggugurkan kandungan kerana anak dikandungnya tidak berdosa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan ‘double date trip’ serba tak kena, rakan suami asyik nak berkepit! Wanita baran tiada masa nak bermanja

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu hadap isteri bekerjaya panas baran, pantang ditegur ‘bergegar’ rumah... Fasal makan pun boleh gaduh!

"Saya dulu kena lempang semasa hamil tapi saya teruskan kandungan dan bekerja sendirian. Lelaki itu saya buang! Sekarang anak usia 15 tahun, saya ditakdirkan tak boleh hamil lagi.

"Saya doakan yang terbaik buat awak. Ini ujian berat tapi nasihat saya, serahkan sepenuhnya pada Allah.

"Awak bukan sendirian, apa pun kami warga maya sokong walau tak melalui apa yang awak hadapi," antara reaksi netizen.

Artikel Lain