PERMINTAAN ahli keluarga untuk menjadi penjamin pinjaman boleh membuatkan seseorang diselubungi perasaan serba salah, apatah lagi apabila melibatkan ibu bapa sendiri.Situasi sukar itu kini dihadapi seorang gadis yang pada awalnya bersetuju membantu bapanya membuat pinjaman membeli kereta, meskipun kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan bakal ibu tirinya. Berkongsi cerita di Thread, gadis berkenaan memberitahu bahawa kenderaan tersebut sepatutnya diletakkan di bawah nama isteri baharu bapanya, manakala dia hanya bertindak sebagai penjamin bagi memastikan pinjaman kenderaan diluluskan."Ayah aku tak boleh buatkan pinjaman sebab nama dia dah disenarai hitam, memang tak lepas. Aku pun teruskan je sebagai penjamin dan dah tanda tangan semua untuk tengok pinjaman diluluskan ke tidak," luahnya sayu.Orang tua sepatutnya menasihatkan anak-anak mengenai penggunaan nama untuk sebarang bentuk pinjaman. -Gambar hiasan AINamun, isu mula timbul selepas semua dokumen diserahkan dan pihak bank hanya meluluskan pinjaman sekitar RM44,000, berbanding harga asal kereta yang bernilai RM60,000.Bagi mengatasi masalah itu, penasihat jualan (SA) mengesyorkan agar gadis berkenaan menukar peranan dengan menjadi 'pemilik' utama kenderaan, manakala isteri baharu bapanya pula menjadi penjamin."SA bagi idea supaya aku jadi pemilik kereta, isteri baru ayah penjamin tapi kereta ni mereka yang pakai.Seorang gadis bersetuju menjadi penjamin kereta untuk bapanya dan isteri baharu kerana nama si bapa disenarai hitam.Pinjaman diluluskan hanya sekitar RM44,000, sedangkan harga kereta yang ingin dibeli sekitar RM60,000.Penasihat jualan mencadangkan kereta dan pinjaman menggunakan nama pengadu, sementara ibu tirinya menjadi penjamin.Pengadu bimbang kerana kereta akan digunakan pasangan itu, malah mengesyaki tandatangannya ditiru tanpa persetujuan.Netizen menasihatinya menghubungi bank bagi menghentikan permohonan serta membuat laporan untuk melindungi dirinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mak aku tak setuju sebab masa hadapan nanti tak tahu macam mana, aku pun muda lagi," tambahnya yang mula berasa bimbang dengan isu penggunaan nama bagi proses pinjaman.Dilema gadis itu menjadi semakin berat apabila bapanya memaklumkan bahawa pihak bank bakal menghubunginya kelak berhubung kelulusan pinjaman kenderaan berkenaan.Lebih mengejutkan, dia mengesyaki tandatangannya telah ditiru tanpa kebenaran selepas bapanya secara tiba-tiba mengesahkan bahawa namanya digunakan sebagai pemilik utama kenderaan."Aku tanya ayah sama ada aku pemilik kereta tu, dia cakap ya... maknanya mereka tiru tanda tangan aku sedangkan aku tak setuju pun idea SA tu," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda resah bapa nak guna nama buat pinjaman beli kereta keluarga... Manis mulut janji kongsi bayar bulananARTIKEL BERKAITAN: Adik tiada lesen kemalangan, kereta tersadai tak bayar... Abang hilang sabar nama diguna buat ‘loan’Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya tampil memberi nasihat serta pandangan jujur agar dia tidak terus dianiaya."Bahaya kalau nama kereta kita tapi orang lain guna, kalau ada masalah owner yang kena."Kerja kita berkait dengan pinjaman kereta ni, kita cadangkan awak hubungi bank dan maklumkan tak mahu teruskan dengan pinjaman dan buat cover report."Awak ni baik tak bertempat, jodoh mereka pun tak tahu kekal ke tidak, tak pasal nanti awak yang kena tanggung," demikian reaksi netizen.