Bercuti secara berkumpulan memerlukan sikap saling memahami dan bertolak ansur agar kenangan yang dicipta akan lebih manis. -Gambar hiasan AI
SETIAP percutian pasti meninggalkan kenangan tersendiri, sama ada manis untuk dikenang atau pahit agar boleh dijadikan pengajaran. Namun bagi seorang wanita ini, percutian berkumpulan yang dirancang bersama suami dan rakan mereka bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan apabila rakan suaminya didakwa mementingkan diri. "Tahun lepas ada pergi group trip dengan kawan suami serta isterinya. Macam double date tapi double trip. Awal-awal masa rancang memang rasa fun nak holiday sama-sama."Tapi malangnya, kawan suami adalah sejenis selfish tak tak ada common sense ya. Sepanjang trip, kawan tu hanya nak berkepit berdua dengan suami saya. "Memang setiap masa berdua dengan suami saya kecuali masa makan dan tidur je," tulisnya pada perkongsian di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat tunggul di rumah, 5 tahun isteri pendam rasa sunyi! Suami tak suka borak, dengan orang lain terlebih ramahARTIKEL BERKAITAN: Malas hadap isteri, bantu urus anak... Ramai suami lepak ofis sampai malam! Senang hidup, balik rumah semua dah selesaiWanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, boleh dikatakan suaminya banyak menghabiskan masa melayan rakan itu melakukan aktiviti berbanding dengannya sebagai isteri."Hiking la, bola tampar la, jogging la. Saya berdua dengan isterinya terkontang kanting tak tahu nak buat apa."Apabila saya ajak suami teman buat aktiviti sama-sama dan ajak mereka, kawan suami tu sengaja tak nak ikut.Suami isteri perlu berkomunikasi dan mencari penyelesaian masalah sekiranya berdepan masalah. -Gambar hiasan AI"Tak cukup dari pagi nak layan dia, tengah-tengah malam nak sambung lagi lepak dengan suami saya dalam bilik kami. Sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Anda rasa?" luahnya.Tambah wanita tersebut, meskipun agak geram namun dia cuba mengawal emosi demi menjaga air muka suami dan tidak mahu trip berkenaan bertukar menjadi tegang atau mencetuskan perselisihan faham antara mereka."Sekarang kawan tu nak ajak lagi kami join trip holiday dia hujung bulan ni. Saya masih baran apabila teringat apa yang terjadi last trip."Kalau ada masalah rumah tangga sampai tidak mampu menikmati kegembiraan dengan isteri sendiri, itu masalah awak. Jangan pula rosakkan hubungan kami. Annoying!" tulisnya lagi.Seorang wanita meluahkan rasa rimasnya ketika bercuti dengan suami dan seorang rakannya.Sepanjang trip, rakan suami terlalu berkepit dengan suaminya.Wanita itu berasa terpinggir kerana suaminya banyak habiskan masa dengan rakan.Malah, rakan suami kerap melepak di bilik hingga lewat malam.Wanita itu menahan marah demi jaga air muka suami dan serik untuk bercuti bersama lagi.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan reaksi yang bercampur-baur.Ramai menyarankan agar wanita itu berbincang secara terbuka dengan suaminya sebelum menerima sebarang pelawaan percutian seterusnya supaya perkara sama tidak berulang.Namun tidak kurang juga ada yang menyarankan supaya dia 'menyiasat' kerana bimbang sekiranya rakan suaminya itu mempunyai kecenderungan tertentu yang cuba disembunyikan.