SEORANG wanita terpaksa menanggung malu apabila mendakwa aksi mesranya dengan suami menjadi tontonan anak mereka yang berusia 15 tahun.Dalam hantaran di Facebook, wanita itu berkata dia tidak menyedari tentang keberadaan anaknya di rumah sewaktu kejadian berkenaan. "Macam mana nak cover line? Malu kantoi anak tengok tengah buat hubungan intim dengan suami. Sebelum tu anak beritahu dia nak keluar pergi rumah kawan.Aktiviti mesra suami isteri tidak wajar menjadi tontonan anak-anak. -Gambar hiasan AI"Suami pula tak kerja hari tu. Tengah hari lepas anak keluar, kami buat hubungan intim. Kami tak ingat nak kunci pintu. Anak secara tiba-tiba buka pintu, dia nak minta duit."Nasib baik posisi mengiring. Kalau tak dia dah nampak semua. Anak saya masa tu tergamam dan terkejut, cepat-cepat dia tutup pintu," tulis wanita itu.Dalam hantaran sama, dia turut bertanya pendapat netizen cara untuk berdepan dengan anaknya selepas peristiwa berkenaan.Wanita dakwa anak lelaki melihat dia dan suami sedang melakukan hubungan intim.Perkara itu berlaku ketika anaknya masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu.Dia menyangka anaknya sudah keluar rumah pada waktu itu.Ramai netizen memberi nasihat kepada pasangan itu agar lebih peka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya jadi malu nak berdepan dengan anak. Takut jejaskan otak dia je tengok benda bukan-bukan," tulis wanita itu lagi.Hantaran itu bukan sahaja tular di Facebook, malah turut dikongsi ke aplikasi Thread sehingga ia mengundang ratusan komen netizen.Beberapa individu turut menyelar sikap cuai pasangan itu dan meminta mereka lebih berhati-hati pada masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Individu terkejut grup FB sembang lucah, ada yang tak segan silu mengaku pernah berasmara dengan anak bujang sendiriARTIKEL BERKAITAN: Rasa cinta dah hilang, tapi wanita berat hati nak cerai sebab suami ugut sebar video intim"Anak 15 tahun dah besar untuk faham benda ni. Punyalah teruk akhlak sampai tak sempat nak kunci pintu."Tak lawak benda macam ni. Anak umur 15 tahun, imaginasi dah tinggi. Takut dia cuba dengan kawan-kawan."Kena ajar anak bilik ibu ayah ni adalah tempat yang tak boleh masuk sesuka hati," tulis beberapa netizen.PeringatanSuami isteri perlu sentiasa menitikberatkan soal aurat dan tidak menunjukkan perbuatan mesra secara berlebihan walaupun ketika berada di rumah bersama anak-anak.Menurut lawan web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, aurat antara ibu bapa di hadapan anak-anaknya adalah antara pusat dan lutut.Ibu bapa juga wajib menutup bahagian tubuh yang boleh menaikkan syahwat dan fitnah walaupun bukan kategori aurat, meskipun di hadapan mahram sendiri, kecuali di hadapan anak-anak mereka belum mencapai umur mumayyiz.