suria
mStar - Urban.Versatil

“Saya tak miskin!” - Pengetua pencen buat drama dekat tapak ‘food truck’, tengking wanita pandai-pandai bayarkan makanan

Tindakan memalukan orang lain secara terbuka boleh memberi kesan emosi yang mendalam. -Gambar hiasan AI

NIAT baik seorang wanita untuk bersedekah secara rawak dipandang serong kononnya dia cuba menghina dengan memberi makan secara percuma.

Menceritakan semula kejadian ketika dia mengunjungi sebuah tapak food truck, hatinya tiba-tiba terdetik untuk membuat pembayaran bagi pihak seorang wanita berusia yang turut berada di kedai sama.

"Hal ini buatkan saya sedar, tak semua orang layak terima bantuan kita walaupun kita ikhlas. Saya pernah bayarkan makanan seorang makcik dekat tapak food truck.

"Lepas tu dia datang dekat saya dan tanya sama ada kami saling mengenali. Saya jawab tak. Lepas tu dia tanya kenapa bayarkan makanan dia," demikian menurut wanita berkenaan.

Ramai yang mengambil peluang mencari pahala melalui bersedekah. -Gambar hiasan AI

Tambah pengadu lagi, drama bermula apabila secara tiba-tiba wanita berusia berkenaan meninggikan suara kerana tidak berpuas hati makanan yang dipesan dibayar individu tidak dikenali.

"Dia menjerit sekuat hati cakap... saya ni bukan miskin! Saya tak nak awak belanja. Saya pun tak kenal awak siapa. Awak tahu tak saya ni siapa? Saya ni bekas buru besar SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan)," ceritanya.

Hal itu membuatkan dia tergamam selain mula menyedari orang ramai yang berada di situ memandangnya seolah-olah dia melakukan kesalahan besar.

Katanya, dia cuba menjelaskan bahawa niatnya sekadar mahu bersedekah tanpa mengira siapa penerimanya, malah mencadangkan agar makanan itu diberikan kepada orang lain jika tidak sudi menerimanya.

Namun belum sempat wanita ini menghabiskan kata-kata, bekas pendidik itu terus mencelah dan terus bercakap dengan nada kasar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga langgar janji, cincai siapkan tempahan! Wanita malu hantar makanan ke pusat tahfiz, harga boleh tahan mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Guna modal ‘sedekah’, akhirnya susahkan pelajar tahfiz! Mudir ada peringatan untuk tuan rumah kenduri, tolak lebihan lauk bukan sebab sombong

"Saya cuba fahamkan dia, kita nak bersedekah bukan perlu kenal siapa si penerima tapi tak habis cakap lagi dia mencelah terus gunakan perkataan kau dan aku.

"Saya pun cakap kalau dia tak sudi, bagi semula duit saya. Malas nak bertekak dengan bekas pengetua sekolah ni. Rasa sakit dijerit depan khalayak ramai tu berbekas sampai sekarang," imbasnya lagi sambil memberitahu guru besar pencen itu akhirnya membayar semula harga makanannya.

  • Wanita belanja makanan seorang makcik di tapak trak makanan dengan niat ikhlas.
  • Makcik itu menjerit dan menegaskan dia bukan miskin, malah mengaku bekas pengetua.
  • Orang ramai memandang wanita itu seolah-olah dia bersalah.
  • Dia cuba jelaskan niat bersedekah, namun dipatahkan dengan kata-kata kasar.
  • Akhirnya wang dipulangkan, tapi rasa malu itu masih terkesan hingga kini.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa niat murni tidak semestinya diterima baik oleh semua orang.

"Orang macam ni kadang 'ubat' dia, kena tempik balik. Ingat dia seorang je ada sebuah peti suara.

"Lepas ni kalau nak bersedekah, bagi dekat orang muda je la atau akak-akak sebab mereka ni menghargai sangat kalau ada orang yang sudi bersedekah.

"Maaf ya... saya sebagai pesara guru, malu pula apabila orang mengaku pengetua buat perangai tak waras. Besar sangat ke pangkat dia tu. Tak bawa masuk kubur pun," komen beberapa netizen.

Artikel Lain