SEORANG lelaki berkongsi kisah dia dihubungi bekas isterinya bagi mendapatkan pertolongan kewangan berhubung kos penjagaan kesihatan ibu wanita itu yang kini mencecah RM11,000 sebulan.Menurut lelaki itu lagi, buat masa ini bekas isterinya bersetuju menanggung RM3,000 setiap bulan, sementara adik-beradiknya yang lain menyumbang antara RM1,000 hingga RM2,000 seorang. Justeru bekas isterinya bertanya sama ada dia boleh menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban."Dulu masa kahwin dengan aku, dia tak pernah usik gaji sebagai seorang cikgu. Simpanan dia beratus ribu masa kami berpisah. Suami dia sekarang seorang pendidik juga.Menanggung kos belanja rawatan hospital biasanya menelan belanja besar. -Gambar hiasan AI"Apabila aku tanya mana simpanan dulu? Katanya habis untuk melancong luar negara dan suami pinjam buat beli motosikal BMW."Disebabkan mak mentua aku ni nenek kepada anak aku dan dia baik dengan aku jadi aku setuju nak chip in (menyumbang) RM10,000 untuk kos penjagaan dan rawatan dia," ujarnya sambil menegaskan bantuan itu diberi secara one-off (sekali sahaja).Bercerita lanjut, lelaki ini memaklumkan dalam perbualan mereka bekas isteri memujinya kerana bermurah hati selain sempat mengimbau kenangan lama."Bekas isteri cakap, saya ni baik sangat. Dulu kerja-kerja rumah saya buat semua. Sekarang bekas isteri saya yang kena buat semua kerja rumah. Tiada siapa tolong walaupun sarat (hamil)," ceritanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkedu, hati budi mentua terbongkar lepas 'tipu' suami belikan emas! - "Dalam Islam, mak nombor satu"ARTIKEL BERKAITAN: “Cari lagi isteri orang bandar, liar la sikit!” - Mentua tak senang tengok menantu kerap melancong, tuduh kikis duit suamiNamun lelaki itu memilih untuk tidak mengungkit kisah lama dan meminta bekas isterinya memberi tumpuan kepada kehidupan sekarang bersama anak yang bakal dilahirkan.Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang memuji lelaki ini kerana masih memikirkan kebajikan ibu mentuanya."Tak kisah la cerita dongeng ke tidak... tapi memang wujud orang macam ni sebab masih ada ihsan dalam hati. Dia buat bukan sebab bekas isteri tapi sebab nenek kepada anak. Lelaki beri RM10,000 sekali sahaja bantu bekas ibu mentua.Bekas isteri dan adik-beradik turut kongsi kos bulanan.Bantu kerana itu nenek kepada anaknya.Netizen puji sikapnya yang masih ada ihsan terhadap mentua.Hubungan mentua kekal sebagai mahram muabbad.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pertalian mak mentua tak putus walaupun status jadi bekas ibu mentua. Tapi dia kekal mahram sampai bila-bila. Tak boleh kahwin."Lagipun yang buat tak elok tu bekas isteri bukan mentua jadi tak terkejut kalau lelaki ni masih nak tolong. Dia masih anggap mentua macam mak sendiri," komen seorang netizen.Hubungan menantu dan mentua selepas berpisahUntuk makluman, pendakwah bebas, Ustaz Izmeer Fareez, sebelum ini ada menjelaskan bahawa hubungan mentua dan menantu tetap kekal walaupun pasangan sudah tiada atau berlaku perceraian.Menurutnya, keadaan tersebut dikenali sebagai mahram muabbad iaitu mahram yang kekal selama-lamanya, sekali gus membolehkan mereka bersalaman dan bersentuhan tanpa membatalkan wuduk.