suria
mStar - Urban.Versatil

Wanita TTC terasa hati, kakak ipar tak izin ‘pinjam’ anak pergi mandi kolam... Alasan kurang mahir jaga budak cukup pedih ditelan!

Golongan TTC lebih sensitif apabila menyentuh isu berkaitan zuriat. -Gambar hiasan AI

HASRAT untuk meluangkan masa bersama anak saudara bertukar menjadi momen yang menggores hati dan perasaan buat seorang wanita yang kini sedang berusaha mendapatkan zuriat (TTC).

Menurut wanita berkenaan, dia berhasrat untuk membawa anak saudara sebelah suaminya keluar mandi kolam bagi mengisi masa lapang bersama.

Bagaimanapun suaminya memaklumkan bahawa abang iparnya tidak membenarkan perkara tersebut.

Setiap pasangan berkahwin mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. -Gambar hiasan AI

"Ada satu hari tu saya adalah terdetik nak bawa anak buah belah suami, anak kepada kakak ipar saya untuk pergi mandi kolam.

"Saya suruh suami tanya kakak dia boleh tak kami bawa. Lepas tu suami pun hubungi kakak dia cakap nak bawa anak dia pergi mandi-mandi.

"Tak lama lepas tu suami beritahu yang abang ipar tak bagi sebabnya takut jadi apa-apa yang tidak diingini. Kata mereka kami tak reti kawal budak usia satu tahun," cerita wanita itu.

Alasan tersebut membuatkan wanita berkenaan terkilan, apatah lagi dia dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki bunting pelamin, serba salah nak kongsi berita gembira dengan famili... Risau kakak ipar TTC terasa hati

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil

"Saya faham kami tak ada pengalaman jaga budak sebab tak ada zuriat. Sekurang-kurangnya, sebelah saya ni ada lima anak buah daripada kakak saya sendiri.

"Saya jaga mereka masa kakak saya dalam pantang lagi. Kakak saya siap bagi izin bawa anak-anak dia pergi mana-mana dengan saya. Saya tak kekok nak jaga budak," katanya.

Walaupun cuba berlapang dada dan memahami kebimbangan setiap ibu bapa, wanita itu mengakui situasi berkenaan sedikit sebanyak menyentuh perasaannya.

Kini, dia memilih untuk lebih menjaga batas dan menghormati keputusan keluarga mentuanya, selain mengurangkan harapan agar tidak lagi kecewa.

  • Wanita TTC rasa terkilan, tak dibenarkan bawa anak saudara.
  • Dianggap tak berpengalaman sebab belum ada zuriat.
  • Niat baik bertukar jadi detik mengguris hati.
  • Sudah biasa jaga anak saudara, tetap tak diberi kepercayaan.
  • Wanita pilih diam dan hormat keputusan keluarga.

"Kemudian saya cakap tak apa la mungkin keluarga risau. Maaflah nak cakap yang saya memang suka budak-budak.

"Dulu masa anak buah belah suami tu masih bayi pun kami pernah bawa jalan-jalan tanpa ibu bapa mereka, tapi sekarang dah tak boleh.

"Setiap orang ada cara tersendiri, sekarang saya layan mereka ala kadar je," jelasnya menutupi kisah.

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami