Ada segelintir wanita tidak mahu menerima lelaki bergelar bapa tunggal sebagai pasangan hidup. -Gambar hiasan AI
SETIAP wanita mempunyai pertimbangan tersendiri sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, termasuk menilai latar belakang dan kemampuan kewangan bakal pasangan.Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita mencetuskan perbincangan apabila menyatakan secara terbuka pendiriannya yang mengelak untuk berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Menurut wanita itu, pandangannya bukan bertujuan merendahkan mana-mana pihak, sebaliknya sekadar berkongsi pendapat peribadi berdasarkan realiti kehidupan berumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Ujian hari ke-44 perkahwinan.... Duda anak 3 rupanya miang, ‘kantoi’ rancak mesej wanita lain - “Dulu bersungguh nak dekat kita”ARTIKEL BERKAITAN: Selesa kenal duda T20 usia 50 tahun, wanita tersentak diminta ikat peranakan jika jadi kahwin - “Rasa macam dia penting diri”"Korang nak tak kahwin dengan duda? Kalau saya, tak nak. Ini pendapat saya... tak ada salahkan sesiapa dan tiada kaitan mana-mana duda."Sebab apa saya tak nak? Sebab kalau gaji dia bawah RM5,000. Contohnya RM2,000. Separuh dah kena bagi dekat anak-anak (dengan isteri terdahulu). Lepas tu tinggal berapa je untuk dia, untuk kita (isteri baru)?" tulisnya pada perkongsian tersebut.Bapa tunggal memikul tanggungjawab membesarkan anak dengan menyediakan keperluan harian dan memastikan pendidikannya terjaga. -Gambar hiasan AITambahnya, tanggungjawab lelaki bergelar bapa terhadap anak bersama bekas isteri tidak terputus walaupun sudah berkahwin semula.Justeru dia berpandangan, wanita sewajarnya menitikberatkan perkara ini dengan memastikan calon suami daripada kalangan duda mempunyai kedudukan kewangan yang stabil."Sebab tu lelaki kalau bergelar duda nak kahwin lain, fikir masak-masak pasal kewangan, sebab nafkah anak bersama bekas isteri tak boleh putus. Nak bela yang baru lagi."Sebab tu ramai duda nak perempuan yang bekerja. Dia tahu komitmen dia banyak dan kasih sayang pun dah berbahagi, kau (isteri baru) sudah tentu jadi nombor dua," tulisnya. Seorang wanita berkongsi pandangannya yang mengelak berkahwin dengan lelaki berstatus duda.Faktor utama ialah kebimbangan terhadap kemampuan kewangan dan komitmen nafkah anak.Menurutnya, tanggungjawab duda terhadap anak bersama bekas isteri tidak terputus walaupun berkahwin semula.Ramai netizen bersetuju dengan realiti kewangan dibangkitkan.Namun, segelintir berpandangan wanita tidak wajar memukul rata.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita tersebut ternyata mengundang reaksi yang bercampur, namun rata-ratanya bersetuju dengan pandangan dilontarkan."Setuju 200 peratus. Memang mereka target perempuan ada kerja supaya kita boleh tanggung diri sendiri. "Bagus dik. Fikir ke depan. Sebagai seorang yang ada bekas suami, akak sokong sangat. Sebab bekas suami akak tu nafkah anak tersangkut," komen netizen.Bagaimanapun, segelintir netizen berpandangan wanita tidak seharusnya 'memukul rata' kerana tidak semua lelaki berstatus duda mempunyai latar belakang dan situasi kewangan yang sama.